Selamat Datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

assalamualaikum

assalamualaikum
SELAMAT DATANG KE BLOG MY ZARIEL.BLOGSPOT.COM/ WELCOME TO MYZARIEL.BLOGSPOT.COM

Jumaat, 7 Mei 2010

Tiada masalah timang anak


RONA bahagia terpancar jelas di wajah Amber Chia selepas sebulan bergelar isteri kepada Adrian Wong.


LEBIH sebulan bergelar seorang isteri memang cukup menggembirakan hati model bertaraf antarabangsa, Amber Chia. Meniti hari-hari yang bahagia bersama sang arjuna yang berjaya menyuntingnya sebagai suri hidup, Adrian Wong telah melengkapkan hidup Amber.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mendambakan cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan pasangan yang berkahwin.

Amber juga sama seperti wanita lain memiliki keinginan yang serupa apabila dia memang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Tidak bercadang untuk mengamalkan perancang keluarga sebaliknya Amber mahu memiliki anak-anak yang ramai memandangkan dia sendiri amat sukakan kanak-kanak.

Lalu, dia tidak pernah berhenti berharap dan tidak putus memanjatkan doa kepada Tuhan agar dikurniakan anak dengan secepat mungkin.

Melihat kepada figuranya pada majlis resepsi istimewa anjuran Rafflesia yang berlangsung di Hotel Le Meridian, KL Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini, dapat disimpulkan masih belum ada tanda-tanda Amber bakal bergelar seorang ibu.

Masih lagi langsing dan kekal dengan bentuk tubuh badannya seperti selalu, Amber mahu bersikap optimis apabila memperkatakan tentang kehidupan bekeluarga.

"Saya dan suami masih terus mencuba untuk mendapatkan anak. Sudah pasti, apabila badan saya berisi nanti, saya akan berkongsi dengan semua pihak.

"Apa yang pasti, saya memang sudah lama bersedia untuk bergelar seorang ibu dan tidak sabar rasanya untuk melalui kehidupan itu yang sudah lama saya impikan," kata Amber penuh bersungguh.

Amber dan Adrian memeterai ikatan perkahwinan mereka pada 25 Mac lalu di pusat peranginan terkenal dunia, Bali, Indonesia yang disaksikan hanya oleh teman-teman rapat dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Apabila bergelar seorang model ternama dan mendirikan rumah tangga, mungkin akan ada sesetengah pihak yang bersikap sedikit skeptikal dengan model yang menyuarakan hasrat untuk membina keluarga.

Manakan tidak, soal potongan badan yang akan lari dan populariti sering bermain di bibir masyarakat apabila memperkatakan tentang model yang berkahwin dan mahu memiliki anak.

Tetapi, tidak bagi Amber kerana dia sedikit pun tidak risau akan perkara tersebut kerana dia memang sudah bersedia sejak awal lagi untuk bergelar seorang isteri dan ibu.

Kerana itu, dia amat bersyukur dan gembira dengan kehidupannya kini kerana ditemukan dengan belahan jiwa yang benar-benar membahagiakan serta memahami jiwanya.

Tidak pernah kesal dengan keputusannya mendirikan rumah tangga di kala namanya berada di puncak, anak kelahiran Tawau, Sabah ini mengharapkan kebahagiaan yang berkekalan bersama suaminya.

Menjadi seorang yang ternama seperti Amber memang tidak dapat lari daripada mendapat perhatian masyarakat yang sentiasa inginkan perkembangan dirinya.

Sebagai contoh, isu perkahwinannya sebulan lalu juga mengundang sedikit kontroversi apabila dia dikatakan cuba untuk merahsiakan perkahwinannya dan enggan berkongsi berita gembira itu bersama masyarakat.

Namun, tanggapan itu ditangkis Amber yang mengatakan semuanya itu adalah permintaan Adrian yang tidak mahu menggembar-gemburkan majlis perkahwinannya kepada semua.

"Saya cukup sedar berdirinya saya di sini hari ini adalah kerana sokongan semua pihak terutama sekali pihak media yang banyak menyokong perkembangan karier saya.

"Untuk itu, majlis resepsi yang diadakan ini bertujuan untuk menghargai mereka dan sebagai tanda penghargaan di atas segala yang telah diberikan kepada saya selama ini," ucap Amber dalam nada terharu.

Bertuah sungguh menjadi Amber kerana majlis resepsinya tempoh hari memang benar-benar meninggalkan momen indah bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada tetamu yang hadir.

Sebaik melangkah masuk ke dalam dewan, mata hadirin terpana pada keindahan dekorasi pada malam itu yang telah dihias indah dengan rona hijau atas kreativiti Nas Great Idea.

Mengambil tema perkahwinan taman yang menjadi pilihan sesetengah pengantin di Perancis selepas musim panas, tidak hairanlah semuanya berwarna hijau pada malam itu bersesuaian dengan konsep Noce Verta yang membawa maksud perkahwinan hijau.

Sememangnya konsep yang juga berkait rapat dengan soal kesihatan dan persekitaran itu dilihat sebagai sesuatu yang cukup istimewa dan unik.

Maka tidak hairanlah semua serba-serbi berwarna hijau termasuk hidangan makanan yang disediakan oleh chef hotel tersebut, Antoine Rodriguez serta teman-teman rapat Amber yang kesemuanya memakai busana hijau.

Kejelitaan Amber pada malam itu memang terserlah apabila mengenakan gaun petang hijau muda rekaan Khoon Hooi yang turut dihiasi dengan set barang kemas mutiara eksklusif yang disulami ambar dengan harga berjumlah RM2 juta.

Suaminya juga tidak kurang segaknya apabila memilih suit rekaan Lord's Tailor berwarna putih yang kelihatan bagai pinang di belah dua apabila berpasangan bersama Amber.

Tidak lengkap majlis resepsi tanpa sebarang hiburan dan tugas itu telah diserahkan kepada beberapa artis yang hadir pada malam itu juga sebagai pengiring Amber ketika masuk ke dalam dewan.

Mereka ialah Diana Danielle yang berduet menerusi lagu Melodi bersama Ash, Alyah (How Do I Live), Suki (Love Story dan Yue Liang Dai Biao Wo De Xin) dan Ning Baizura (Kau dan Aku).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan