Judul Album: Phobia PhoneyArtis: BunkfaceKonsep Muzik: Punk RockTerbitan: Bunkface ProductionKOMEN: Julat konsep muzik antara kumpulan Green Day dan Blink 182 ialah skala kasar yang boleh membayangkan stail genre yang diketengahkan Bunkface dalam album ini.
Riff gitar yang laju penuh dengan melodi gabungan antara muzik punk rock yang diindahkan lagi dengan elemen pop melunakkan kebanyakan lagu yang ditampilkan.
Contohnya lagu Inggeris berjudul Prom Queen, Escape Dance dan Minute To The End sarat dengan pengaruh muzik punk rock yang lazimnya disuapkan oleh kumpulan-kumpulan dari California, Amerika Syarikat (AS).
Sementara, lagu seperti Revolusi dan Situasi pula menyuntik elemen pop rock. Lagu dalam bahasa Melayu itu boleh disesuaikan cita rasa para peminat dalam julat lebih luas.
Pada masa sama, album ini turut menampilkan dua lagu kategori sentimental iaitu Soldier dan Dunia hanya dengan berbekalkan petikan gitar secara akustik tetapi dalam melodi yang kuat.
Suara berharmoni yang mengikuti alunan vokal Sam selaku vokalis utama menambahkan lagi alunan kebanyakan melodi lagu yang kuat dan mendayu-dayu alunannya dalam album dengan durasi selama 35 minit ini.
Sepuluh lagu dalam album ini menampilkan gaya muzik Bunkface yang tersendiri dan semuanya tidak terikat pada sesuatu konsep sahaja sehingga boleh disamakan secara terus dengan mana-mana kumpulan punk rock lain.
Bintang: HHHHH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan