Selamat Datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

assalamualaikum

assalamualaikum
SELAMAT DATANG KE BLOG MY ZARIEL.BLOGSPOT.COM/ WELCOME TO MYZARIEL.BLOGSPOT.COM

Setempat

Bilik kebal kelab karaoke

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
2010/05/03
E-mel 
Artikel Cetak 
Artikel Tanda 
Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen 
Artikel
KUALA LUMPUR: Sebuah premis karaoke eksklusif di Desa Hartamas di sini, ibarat sebuah bilik kebal bank apabila menyembunyikan kegiatannya dengan menggunakan tiga lapis pintu tebal bagi mengaburi pihak berkuasa.
TAHAN...dua wanita GRO yang ditahan, kelmarin.
TAHAN...dua wanita GRO yang ditahan, kelmarin.
KEBAL...pusat karaoke guna tiga lapis pintu.
KEBAL...pusat karaoke guna tiga lapis pintu.
Premis yang turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing itu hanya dibuka berdasarkan tempahan dan tidak dibuka kepada orang ramai. Ia hanya dibuka kepada warga asing dari Korea.
Aktiviti terbabit bagaimanapun dihidu Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur sebelum menjalankan operasi di situ jam 10 malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya menahan 12 wanita termasuk lapan dari Korea dan empat Myanmar dipercayai GRO.

Razali berkata, pihaknya yakin mereka turut melakukan aktiviti tidak bermoral di premis yang berada di tingkat dua sebuah bangunan tiga tingkat di sini. “Lapan wanita dari Korea dan empat dari Myanmar itu mempunyai pas lawatan sah, malah tiga warga Myanmar terbabit mempunyai kad perlindungan pelarian (UNHCR).

“Premis yang baru lapan bulan beroperasi dan tidak mempunyai lesen itu mempunyai lima bilik utama serta mempunyai pintu rahsia digunakan pelanggan untuk masuk dan keluar kerana pintu utamanya tersembunyi,” katanya.

GRO berumur 21 hingga 23 tahun terbabit dipercayai datang ke premis berkenaan bagi melayan sembilan pelanggan yang di situ.

Dalam operasi itu juga, seorang GRO menyerang seorang jurugambar televisyen akibat berang aksinya dirakam.

Wanita terbabit terjun dari trak polis walaupun memakai skirt pendek dan meluru ke arah jurugambar berkenaan dan cuba menamparnya.

Dia yang terlalu berang dan mabuk itu pada mulanya menolak polis kerana enggan menaiki lori polis sebelum aksinya cuba dirakam.

Semua mereka termasuk pelanggan dan pemilik yang juga warga Korea dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut.

 Tun Mahathir dijangka berucap pada majlis perhimpunan Melayu di Gong Badak


KUALA TERENGGANU: Tun Dr Mahathir Mohamad akan dijemput untuk memberi ucaptama dan turut membicarakan kedudukan orang Melayu dalam satu majlis anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) di sini, 13 Mei ini.

Turut menyertai perbincangan ialah pensyarah dari Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.

“Perhimpunan itu dijangka dihadiri lebih 5,000 orang yang akan diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak pada sebelah pagi,” kata Pengarah IINT, Arpin Draman
"Kita jemput semua orang Melayu tanpa mengira fahaman politik mereka bagi mencari kedudukan dan hala tuju orang Melayu masa kini dari segi kuasa politik dan ekonomi," katanya.

Perhimpunan itu turut dianjurkan oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak).

Arpin berkata, rasionalnya program itu diadakan ialah bagi menentukan matlamat dan hala tuju orang Melayu seterusnya khasnya golongan belia. - Bernam

KLANG: Memalukan apabila seorang tukang urut wanita warga asing yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa di bandar ini, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.
MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah
 spa malam, kelmarin.
MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah spa malam, kelmarin.
Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri.
Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pusat spa terbabit sudah dua kali diserbu pihak berkuasa, namun pengusahanya tetap berdegil dengan menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Ketika pemeriksaan dibuat, kelima-lima wanita berusia lingkungan 20-an gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan kita percayai mereka tidak mempunyai dokumen sah.

“Semua mereka kemudian dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas pemiliknya yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu.

Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.

Ketika serbuan, terdapat tujuh tukang urut berada di dalam bilik masing-masing bersama pelanggan, bagaimanapun sebaik menyedari premis mereka diserbu, mereka bergegas melarikan diri.

Lima daripadanya diberkas sebelum polis mengarahkan mereka supaya menutup tubuh bogel dengan tuala.

Mohamad berkata, turut ditahan dalam seruan itu seorang pelanggan, bagaimanapun dia dibebaskan sejurus keterangannya direkodkan.