Selamat Datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

assalamualaikum

assalamualaikum
SELAMAT DATANG KE BLOG MY ZARIEL.BLOGSPOT.COM/ WELCOME TO MYZARIEL.BLOGSPOT.COM

Selasa, 11 Mei 2010

Norman tetap jadi hero

PENGALAMAN selama 12 tahun dalam bidang lakonan nyata memberi banyak pendedahan pada Norman Hakim memahami kehidupan sebagai artis.

Norman antara pelakon dikategori senior yang masih berjuang dalam lakonan. Biarpun disaingi ramai bakat baru, Norman membuktikan dia masih laris mendapat pelbagai tawaran ketika ini.


Perkembangan terkini, dia terbabit menjalani penggambaran dua drama terbaru, Ya Puan arahan Jamal Khan dan Penangan Maut (Haizul Hanafi) sebagai pelakon utama.


Hero drama bersiri Gerak Khas ini menyatakan dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan produser dan pengarah yang mahu dia menjadi hero.


Norman berkata, tanggungjawab sebagai hero tidak kira filem atau drama suatu yang berat untuk dipikul. Malah, dia akui pengalaman berlakon selama ini banyak membantu dirinya memberikan lakonan mantap.


Menerusi Ya Puan, Norman bergandingan bersama Siti Shahrizah Saifuddin (Eja) melakonkan watak suami isteri. Dibantu Datuk Jalaluddin Hassan dan Rosnah Johari, drama ini mengisahkan isteri derhaka pada ibu.


Untuk Penangan Maut yang membawa genre drama thriller, Norman menghayati watak jurulatih bola sepak yang kurang memberi perhatian pada isteri (lakonan Raja Farah) hingga beberapa pemainnya menemui ajal.


Norman berkata, dia tetap gembira kerana masih diterima berlakon dan paling bermakna, dia masih melakonkan watak utama tanpa dibayangi isu kontroversi yang melanda dirinya bersama kekasih, Memey Suhaiza sebelum ini.


"Saya percaya apa yang berlaku pada diri seseorang bukan dirancang. Malah, saya bersyukur kerana produser dan pengarah yang mengambil saya berlakon lebih profesional dari aspek kerja berbanding cerita peribadi saya.

"Saya melihat lakonan saya sudah memasuki satu fasa di mana saya diambil berlakon kerana pengalaman. Seperti Ya Puan dan Penangan Maut, ia bukan mudah untuk dilakonkan jika seseorang itu tiada pengalaman.


"Saya terfikir, jika watak yang sama dalam kedua drama ini diberikan pada saya ketika saya mula berlakon 10 tahun lalu, saya berasakan aksi lakonan berbeza.


"Bukan semua pelakon boleh membawakan watak utama kerana tanggungjawabnya berat. Apapun, saya bersyukur dengan rezeki Tuhan yang masih memberi peluang untuk saya terus berlakon," katanya.


Mengenai khabar angin mengatakan dirinya dan Memey akan berkahwin dalam masa terdekat, Norman menafikannya. Katanya, perancangan untuk berkahwin memang ada. "Jika tidak tahun ini, mungkin tahun depan. Namun, perancangan itu bukanlah secara rasmi. Saya hanya berserah pada takdir kerana seperti kita ketahui, jodoh mahupun ajal adalah ketentuan Tuhan. Buat masa ini, hubungan kami berjalan dengan baik dan saya melihat penerimaan masyarakat terhadap kami lebih terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan