Pelakon remaja anggotai geng rompak
LOS ANGELES 11 Mei - Seorang pelakon remaja sebuah rancangan realiti yang juga didapati menganggotai geng pencuri muda yang menyasarkan kediaman-kediaman selebriti Hollywood, dijatuhkan hukuman penjara enam bulan semalam, lapor pegawai.Alexis Neiers, 18, tidak membantah dakwaan terlibat dalam kecurian di kediaman aktor kacak filem Lord of the Rings dan Pirates of the Caribbean, Orlando Bloom.
Hukumannya akan bermula pada 24 Jun depan.
Neiers merupakan seorang daripada selebriti yang membintangi rancangan televisyen di saluran E!, Pretty Wild yang mengisahkan tentang tiga gadis mengecapi kemasyhuran dan mengumpul kekayaan di samping kehidupan sosial mereka di Hollywood.
Dia ditahan selepas selesai menjalani penggambaran rancangan tersebut.
"Hari ini, Neiers tidak membantah dakwaan terlibat dengan jenayah curi di kediaman dan menerima hukuman penjara itu bagi mengelak daripada perbicaraan serta kemungkinan ditahan lebih lama di penjara negeri," kata peguam bela Jeffrey Rubenstein kepada pemberita di luar mahkamah.
Dalam satu temu ramah dengan polis, Neiers mengaku berada di kawasan kediaman Bloom pada 13 Julai 2009 bersama seorang lagi defendan, Nicholas Frank Prugo dan dua wanita lain, namun dia menolak dakwaan mencuri dengan mengatakan dia tidak mengambil apa-apa.
Bintang remaja itu memberitahu polis, dia tidak tahu yang rumah tersebut adalah rumah Bloom dan dia hanya memerhatikan kawan-kawannya memunggah barang di dalam rumah berkenaan kerana muntah di luar akibat minum arak terlalu banyak.
Lima lagi defendan termasuk Prugo bakal dihadapkan ke mahkamah pada 25 Mei ini bagi menentukan sekiranya bukti mencukupi untuk mengheret mereka ke perbicaraan atas kesalahan mencuri yang menyasarkan rumah-rumah selebriti.
Selain dakwaan kecurian di rumah Bloom, Prugo turut dituduh mencuri di rumah Brian Austin Green, Megan Fox, Rachel Bilson, Lindsay Lohan, Paris Hilton dan Audrina Patridge. - AFP
Perjanjian perkahwinan Robbie
ROBBIE WILLIAMS
PENYANYI Robbie Williams dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk menyediakan dokumen tentang perjanjian sebelum perkahwinan.
Dia yang popular dengan lagu Bodies itu telah membuat keputusan untuk mendapatkan jaminan undang-undang yang mensyaratkan aset pasangan yang berkahwin akan dibahagikan secara adil jika pasangan itu bercerai.
Semua itu dilakukan sebelum dia berkahwin dengan tunangnya, Ayda Field. Menurut satu sumber: "Robbie dan Ayda sedang hangat bercinta tetapi ini adalah dunia realistik. Pasangan selebriti selalunya berdepan dengan tekanan apabila berkahwin.
"Kedua-dua ibu bapa mereka sudah bercerai dan mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko masa atau wang yang boleh menyakitkan hati. Jadi kontrak praperkahwinan itu adalah satu tindakan bijak."
Penyanyi berusia 36 tahun itu terdesak untuk berkahwin dan dipercayai membuat perancangan perkahwinan dengan Ayda, 30, dalam satu majlis kecil hujung tahun ini.
Tambah sumber itu kepada Daily Star: "Mereka tidak mahukan perkahwinan mega dengan kehadiran wartawan. Jadi adalah penting untuk majlis itu berlangsung secara peribadi dengan kehadiran mereka yang rapat."
Paris berjaya bukan kerana nama
PARIS berenang dikolam renang rumahnya.
Yang penting, dia sudah menjadi satu jenama.
Bintang My New BFF (Rakan Baik Baru Saya Selama-lamanya) itu mempunyai sembilan jenis minyak wangi menggunakan namanya (yang ke-10 akan dilancarkan hujung tahun ini). Selain itu, dia mempunyai 19 produk di seluruh dunia, termasuk beg tangan dan produk pemanjangan rambut. Dia juga akan mengeluarkan album kedua dan juga mempunyai satu lagi rancangan televisyen yang masih dalam perancangan.
Sudah tentu, Paris, 29, tidak mungkin menjadi seperti dirinya hari ini jika tidak kerana dia dilahirkan dalam keluarga Hilton yang berprofil tinggi. Namun, katanya, dia tidak bersandar kepada keluarganya untuk menjadi senang.
Hasil kerja kerasnya, dia memiliki rumah ajam mini yang cantik (penuh dengan gambar, kebanyakannya gambarnya sendiri) di Hollywood, dua kereta Bentley berwarna cerah, pelbagai haiwan peliharaan, termasuk kucing siam yang dinamakan Princess Annabelle, lima anjing, burung kakak tua dan dinamakan Hank oleh bekas teman lelakinya, Doug Reinhardt.
"Rumah saya umpama bayangan kehidupan dan pencapaian saya selama ini," kata Paris.
"Dan saya memperolehnya hasil titik peluh sendiri. Ketika ibu bapa dan datuk saya datang buat kali pertama, saya begitu bangga. Saya begitu seronok membawa mereka melawat keliling rumah dengan berkata, saya memperoleh semua ini hasil kerja kuat saya.
Paris Hilton paling dibenci
Kaji selidik dilaksanakan Nurofen turut mendedahkan punca utama kenapa Paris.
Majoriti responden mendakwa bakat Paris yang terlalu rendah menjadi punca beliau dibenci.
Bintang sukan yang terbabit dalam skandal seks turut dibenci responden. Kira-kira 41 peratus responden memilih bintang bola sepak Chelsea dan England, Ashley Cole manakala 36 peratus pula memilih bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods yang mengaku melakukan seks dengan 120 wanita.
Bekas kapten skuad bola sepak England, John Terry bagaimanapun tidak tersenarai meskipun sepertiga responden memilihnya.
Pada masa sama, penyampai berita terkenal, Jonathan Ross yang berpindah ke rangkaian BBC kerana bayaran tinggi turut menyebabkan 86 peratus responden memilih untuk menukar saluran atau menutup televisyen setiap kali beliau muncul. - Agensi
Victoria boleh ketawa
VICTORIA dan Eva dalam iklan terbaru mereka untuk telefon bimbit LG.
VICTORIA dan Eva membelek telefon masing-masing ketika berehat daripada rakaman penggambaran.
Dalam iklan terbaru untuk telefon Sesentuh Fesyen LG, Victoria memainkan perana barunya sebagai penggiat fesyen yang serius dan muncul bersama rakannya, Eva Longoria.
Dalam iklan berkenaan, pasangan itu dilihat ketawa dan bergurau senda bersama sambil memperagakan fesyen.
Victoria, 36, dilihat berbual dengan mengguna telefon merah sementara aktres Desperate Housewives berusia 35 tahun itu ketawa.
Kedua-dua wanita itu juga dilihat memakai pakaian berjenama dengan mekap tebal sebelum bersiap sedia menuju bersama ke pentas untuk memperagakan fesyen.
Melihat ekspresi wajah Victoria pada setiap gambarnya sebelum ini, muncul persoalan apakah isteri bekas kapten bola sepak England itu memang tidak boleh tersenyum.
Nyata menerusi iklan LG itu, dia bukan setakat tersenyum, malah boleh ketawa, LG sendiri sempat berjanji dalam iklan itu penonton akan melihat Victoria dan Eva dalam keadaan yang tak pernah dilihat mereka sebelum ini.
Victoria tidak tersenyum bukan bermakna dia memang tak pernah tersenyum. Mungkin kerana sudah menjadi gayanya untuk kelihatan serius supaya kelihatan lebih seksi.
Iklan itu dirakam Mac lalu di Los Angeles dan kedua-duannya didandan oleh rakan pendandan Eva, Ken Paves.
Pasangan itu berkawan baik dengan Victoria sejak bekas anggota Spice Girls itu dan keluarganya berhijrah ke Los Angeles pada 2007.
Eva baru-baru ini bercakap mengenai rakannya yang berasal dari Britain itu: "Saya mengagumi dia sebagai seorang isteri dan ibu. Kami mempunyai banyak persamaan. Saya teruja jika dapat berada di samping wanita yang mengutamakan keluarga mereka. Victoria mengabdikan diri dan begitu dedikasi kepada anak-anaknya dan saya amat menghormati pendiriannya itu.
"Kami sering berbalas kunjungan ke rumah masing-masing dan tak perlu ke luar. Kami lakukan apa yang dilakukan budak perempuan ketika bertemu, masak dan makan bersama sambil bercerita tentang perjalanan hidup keluarga." Victoria pula ketika menceritakan mngenai rakannya itu berkata: "Eva sunghuh baik hati. Ketika maula berpindah ke sini, saya tidak mengenali sesiapa. Dia yang teman saya ke sana sini." Kedua-dua sahabat itu juga bukan orang asing dalam bidang dunia sampingan selebriti kerana kedua-duanya sudah sekian lama terbabit dalam pengiklanan.
Walaupun pembabitan Eva dalam bidang pengiklanan tidak sehebat Victoria, dia menjadi model berprofil tinggi L'Oreal dan pernah muncul dalam iklan fesyen untuk Bebe and London Fog.
Victoria pula memang sudah terkenal dalam dunia pengiklanan dan sering menjadi model untuk pakaian dalam Armani, Marc Jacobs, Rocawear, kereta Daihatsu dan Walkers Crisps.