RAKYAT Malaysia dari seluruh negara akan mempunyai satu lagi sebab untuk berkumpul sambil menikmati teh tarik dengan menonton Cerita Teh Tarik F&N (CTTFN)yang memaparkan pelbagai aspek kehidupan masyarakat negara ini.
Program tersebut dikendalikan oleh pelakon, pengacara dan peragawan terkenal, Awal Ashaari.
Menurut Pengurus Kanan Produk Kumpulan F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. Eileen Chan, CTTFN adalah usaha pihaknya untuk mengetengahkan ceritera rakyat Malaysia serta kejayaan mereka yang telah memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia negara berbilang budaya dan aktiviti.
Katanya, setiap episod membawakan tema tertentu dengan tumpuan kepada warga Malaysia dari seluruh negara termasuk selebriti seperti Alam dan Estranged di samping untuk menegakkan budaya teh tarik Malaysia kita yang unik.
"Terdapat juga episod mengenai persahabatan contohnya dalam episod ketujuh berkenaan persahabatan antara anggota Kelab RX8 Malaysia. Sementara, dua episod lagi mengupaskan kasih sayang antara pasangan yang baru berkahwin dan seorang ibu yang baru ditemukan semula dengan anaknya selepas berpisah selama 50 tahun," katanya.
Tambahnya, selain dari kisah-kisah menarik, rancangan itu juga memberikan penonton peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk hadiah Utama iaitu televisyen plasma 60 inci menerusi promosi pengguna dan program tebusan.
|
ALAM sedang menunjukkan skil tariannya. |
"Bukan itu sahaja pelbagai produk elektronik lain di samping hadiah wang tunai melalui peraduan sistem pesanan ringkas (SMS) mingguan yang berkait dengan rancangan CTTFN.
"Teh tarik selalunya menjalinkan ikatan di sebalik pergaulan mesra kita setiap hari yang membentuk sebahagian daripada latar belakang banyak kenangan manis kita sama ada dengan sahabat handai mahupun keluarga," tambahnya.
Jelas Eileen lagi, dia yakin rancangan ini akan menarik warga negara ini untuk menonton kerana ia menyentuh isu yang dekat di hati kita dan tersulan dalam budaya kita.
"Setiap episod mempunyai elemen yang pastinya menarik sesetengah golongan masyarakat tetapi jangan tertinggal mana-mana episod kerana setiap satu memberi perspektif baru tentang topik yang diketengahkan.
"Anda mungkin tahu kisah cerita yang dipaparkan tetapi hakikatnya banyak yang anda boleh pelajari daripada setiap episod," jelasnya.
Program yang diilhamkan oleh F&N Dairies itu kini sidah ditayangkan dan boleh diikuti setiap Khamis pada pukul 6 petang di TV3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan