Perkara itu dinyatakan peguam syarie, Mohd. Hamidullah Che Hassan yang mewakili Abdul Wafi semasa kes permohonan pengesahan lafaz cerai itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan Anne pada 16 April lalu mengikut Seksyen 55(a) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Kes itu bagaimanapun disebut buat kali pertama semalam di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Anne, 26, dan Abdul Wafi, 29, masing-masing hadir di mahkamah secara berasingan. Anne ditemani ahli keluarga termasuk ibu bapanya manakala Abdul Wafi pula bersama seorang teman.
Dalam prosiding semalam, Mohd. Hamidullah yang mewakili Abdul Wafi memberitahu, pihaknya selaku defendan telah menerima penyata tuntutan daripada plaintif (Anne).
Beliau kemudian memohon tarikh sebutan bagi pihaknya memfailkan pembelaan.
Mahkamah membenarkan permohonan defendan dan menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Sejurus selesai prosiding, Anne dan Abdul Wafi bergegas meninggalkan mahkamah tanpa memberi peluang kepada media untuk menemu bual pasangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan