Jika Kamal dikatakan semakin intim dengan Intan Ladyana, Shera yang bergelar personaliti TV juga difahamkan cukup rapat dengan pelakon baru, Shahz Jaszle. Sebelum ini memang kedengaran kononnya Shera dan Shahz sedang bahagia bercinta.
Pintas Lara kembali, nak bahagia apanya. Lara dengan nada ‘kepochi’, memberitahu pasangan itu sebenarnya sudah ‘potong kek’. Mereka bukan potong kek menyambut hari lahir atau ulang tahun percintaan yang tak sampai setahun terjalin itu.
Tapi istilah itu dalam dunia hiburan bererti sudah berpisah atau mencari haluan masing-masing. Patut pun dalam sebuah acara baru-baru ini yang membabitkan Shera, teman Wartawan ada mengusiknya.
Balas Shera sambil tersenyum malu, mana adalah. Patut pun, Shera nampak lain ketika nama Shahz disebut. Rupa-rupanya, mereka sudah tidak lagi bersama. Wartawan kurang pasti apa punca yang menyebabkan mereka tak bersama lagi.
Lara Kirana berkata, sekarang ini, Shahz khabarnya sedang rapat dengan seorang model baru yang sedang meningkat. Cepatnya bertemu pengganti. Macam cinta budak sekolah saja. Tapi usahlah cerita cinta yang hendak dijaja sedangkan kerjaya sebenar, baik pelakon atau model tidak sehebat mana pun. Glamor saja lebih!
wartawan gerenti selepas ini, kalau diajukan soalan ini kepada Shahz dan Shera pasti mereka akan selamba menafikan. Jawapan yang dijangka terpacul dari mulut mereka ialah kenapa nak rasa kecewa atau putus cinta, sedangkan sebelum ini mereka tak pernah bercinta. Iyalah, itu kata kau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan