Selamat Datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

assalamualaikum

assalamualaikum
SELAMAT DATANG KE BLOG MY ZARIEL.BLOGSPOT.COM/ WELCOME TO MYZARIEL.BLOGSPOT.COM

Ahad, 2 Mei 2010

Keputusan Penuh Siaran Langsung AIM 17 – Anugerah Industri Muzik


keputusan penuh aim 17

Hari ini jam 9 malam bakal berlangsung sebuah lagi anugerah hiburan yang berprestij iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) 17. Kami di BeautifulNara akan memberikan anda perkembangan terkini dan keputusan secara langsung di laman web ini. Dan jangan lupa untuk join Fans Facebook BeautifulNara untuk perbincangan secara santai di sana.

Untuk anda yang berada di oversea, boleh menonton siaran langsung AIM 17 di website NTV7 atau mendengar secara live di laman web HOT FM.

Kami rasa Yunalis Zarai akan menang besar malam ini di Anugerah Industri Muzik (AIM) 17 malam ini. Sama-sama kita nantikan.

PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM 17)

1. Persembahab Vokal Berkumpulan/Duo Terbaik Dalam Lagu- Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti, Lagu Amarah

2. Artis Baru Terbaik – Yuna ~~~~~~~~ (yeah dah agak dah)

3. Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki – Hazami (mak aih, Faizal Tahir ngan Abang Jamal kalah siot~~)

# Persembahan yang mantap tapi tak lagu apa dari Kris Dayanti dan Dato’ Siti Nurhaliza

# Hahaha. Terburai usus tengok Afdlin Shauki ngan Adibah Noor. Serious kreatif tahap tinggi ~~ (tengah mengutip usus-usus yang bertaburan di ruang tamu rumah)

#Wow. Satu kolaborasi antara Yuna dan Aizat. Dedua bergabung meletop!!! Good idea dari penganjur AIM 17. Kadang-kadang macam tak jelas sangat la pulak. Sound system problem ker? Atau telinga kitorang yang dah lama tak dikorek?

#Tahniah Yuna menang Artis Baru Terbaik. You deserve it girl. Semoga terus maju jaya selepas nie. Kalahkan Tok Ti plak ~~ Hehehe.

#Lamanya tak nampak Vince AF nie. Not bad gak persembahan dia. Vokal pun makin ok.

# Agak kejutan di situ untuk Vokal Lelaki Terbaik. Abang Faizal Tahir ngan Abang Jamal tewas di tangan Hazami. Tapi Hazami tue memang suara camtue ker bila cakap live?


Sumbangan Dari Beautifulnara.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan