Selamat Datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

assalamualaikum

assalamualaikum
SELAMAT DATANG KE BLOG MY ZARIEL.BLOGSPOT.COM/ WELCOME TO MYZARIEL.BLOGSPOT.COM

Isnin, 26 April 2010

Saat cukup bermakna

GABUNGAN dua kumpulan legenda rock, Search dan Wings menerusi Konsert Double Trouble (KDT) di Arena Tertutup Bukit Kiara jam 8.45 malam pada 1 Mei ini pastinya dinantikan ramai.

Kali terakhir kumpulan berkenaan menjayakan persembahan bersama sekitar 1993. Menerusi projek khas penerbitan album Double Trouble menyatukan dua kumpulan rock popular sejak 1980-an.


Album Double Trouble menembusi jualan melebihi 180,000 unit disusuli siri konsert jelajah dua kumpulan rock gergasi itu. Gandingan mereka kembali bersatu menerusi Double Trouble 2 pada 1998. Dua kumpulan yang mempunyai pengaruh tersendiri sehingga mencetuskan fenomena luar biasa di dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.


Lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, Fenomena, Gadisku, Pelesit Kota, Sejati dan Taman Rashidah Utama masih diminati sehingga kini.


Vokalis Search, Amy mengakui berasa teruja menantikan saat menjayakan konsert yang cukup bermakna buat mereka malah selepas 17 tahun mereka kembali bersatu dalam persembahan khas itu.


"Saya harap konsert akan memberi satu kenangan indah buat semua peminat. Kami mempunyai perancangan tersendiri untuk menghiburkan peminat menerusi konsert itu nanti. Kami menjanjikan satu persembahan hebat dan akan meninggalkan penuh memori indah kepada penonton yang hadir nanti.


"Persembahan kami pastinya berbeza daripada 1993 dulu. Susunan lagu dan melodi juga pastinya lebih menarik. Kami juga menjanjikan beberapa segmen khas selain lagu yang dipilih bagi lagu duet adalah yang terbaik," katanya.


Sementara itu, Awie, vokalis kumpulan Wings pula memberitahu, jadual latihan untuk persediaan pada persembahan itu cukup padat sejak beberapa bulan lalu, malah semua anggota kumpulan tidak sabar menantikan tarikh persembahan.


"Apa yang lebih penting, persembahan kami sebagai satu persembahan. Bukan mengenai lagu siapa atau kehebatan masing-masing. Terpulang kepada peminat yang hadir pada konsert itu nanti untuk menilai perbezaan dan sudut mana persembahan yang kami tampilkan berbanding 17 tahun lalu," katanya.

Malah, menyentuh mengenai perbandingan antara mereka yang sering membuatkan peminat masing-masing bertelagah, kedua-duanya sepakat memaklumkan tidak ada yang perlu dicemburukan antara mereka. Tidak ada benda yang dirasakan untuk dibandingkan. Setiap kumpulan mempunyai arah tersendiri. Tidak timbul soal bersaing memandangkan konsert berkenaan satu persembahan menggabungkan dua kumpulan.


Dalam pada itu, masalah lalu lintas setiap kali berlangsung program hiburan atau konsert berskala besar di sekitar laluan Bukit Kiara Equestrian & Country Resort mendorong penganjur KDT, Adeptnet Sdn Bhd tampil dengan pelbagai alternatif.


Selain mendapat bantuan daripada pasukan keselamatan, Polis Trafik penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas Rapid KL secara percuma di tiga kawasan bagi kemudahan pengunjung antaranya di Taman Jaya, Pusat Bandar Damansara dan LRT Bangsar.


Perkhidmatan pergi ke tapak konsert disediakan dari jam 5 petang hingga 9 malam manakala pada jam 10 hingga 12 malam untuk pengangkutan pulang. Perkhidmatan berkenaan disediakan setiap 20 minit.

Pengarah konsert, Zainurin Jaafar berkata, pihaknya menyasarkan lebih 10,000 penonton bakal membanjiri tapak konsert berkenaan, malah lokasi konsert itu mampu menempatkan seramai 15,000 pengunjung.


"Kami menyasarkan 10,000 pengunjung dan mungkin ia boleh mencapai tahap maksimum kepada 15,000 orang. Sehingga kini, sebanyak 60 peratus tiket sudah terjual dan saya jangkakan jumlah akan meningkat pada saat akhir nanti," katanya. Tidak dinafikan, KDT sebagai penanda aras untuk penganjur membawakan konsert berkenaan ke beberapa destinasi terpilih di seluruh Malaysia pada masa akan datang jika semuanya berjalan lancar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan