Selamat Datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

assalamualaikum

assalamualaikum
SELAMAT DATANG KE BLOG MY ZARIEL.BLOGSPOT.COM/ WELCOME TO MYZARIEL.BLOGSPOT.COM

Jumaat, 30 April 2010

Koleksi Aksesori Awal Ashaari

Almari artis lelaki yang stailo itu memang penuh dengan pakaian, aksesori dan kasut.


AWAL begitu prihatin dalam bab penjagaan jam tangan agar tahan lebih lama.

TERLALU banyak yang mahu diceritakan oleh pengacara popular, Awal Ashaari, bila mengajukan soalan tentang fesyen. Bermulalah dari hujung rambut, hinggalah ke hujung kaki, pengacara itu mampu berceloteh panjang tanpa perlu disoal banyak.

Apa pun, antara fesyen-fesyen kegemarannya, Awal begitu obses dengan seluar jean, kasut dan aksesori. Tatkala meminta Awal membawa barang-barang kegemarannya ke kedai miliknya dan rakan kongsi, Dynaz, DnA Celebrity Style, kata Awal, tidak banyak yang boleh dibawa untuk sesi fotografi ini.


CERMIN mata pelengkap gaya Awal.

Bagaimanapun, penulis agak terkejut apabila melihat Awal membawa lebih daripada empat beg besar yang diisi barangnya. Seperti jualan bundle pun ada.

“Ini baru sikit. Ada banyak lagi kat rumah,” katanya berseloroh.

Cerita Awal, untuk koleksi seluar jean sahaja, dia mempunyai lebih 150 helai dan seluar jenis itu merupakan kegemarannya dalam menggayakan diri.

“Saya memang suka jean kerana ia mempunyai satu kelainan yang tersirat, kalau tersalah pakai, ia mampu membuatkan saya menjadi tidak ada mood.


KATA Awal, banyak lagi kasut yang dibelinya masih belum dipakai lagi.

“Lagi satu, seluar lelaki mempunyai lebih banyak potongan berbanding perempuan dan kalau silap pakai, boleh membuatkan anda kelihatan pelik.

“Apa pun, saya suka pakai skinny jeans iaitu yang ketat dan kecil pada bahagian kakinya kalau pergi ke sesebuah majlis, sebab tidak banyak bergerak. Tapi kalau mengacara, saya perlu memakai mengikut keselesaan,” katanya yang memiliki lebih 100 koleksi jean.

Awal juga mempunyai beratus pasang kasut. Untuk trend terbaru, Awal lebih gemar memakai kasut snickers berwarna putih.

“Saya pun tak tahu kenapa suka putih. Mungkin ia mampu membina keyakinan saya. Yang penting, saya tak suka kasut yang jenis strap iaitu talinya perlu tampal.


AWAL begitu prihatin dalam bab penjagaan jam tangan agar tahan lebih lama.

“Lagi satu tentang saya yang mungkin orang akan kata saya pelik, saya boleh mengenal watak seseorang itu melalui kasut yang dipakainya,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Tambahnya, kasut itu bagaikan cintanya. Sehubungan itu, Awal cukup sayang untuk menjual atau diberikan kepada orang lain.

Begitu juga dengan aksesori. Jam tangan dan cermin mata sebagai pelengkap gaya Awal.

“Untuk aksesori pula, saya mula mengumpul sejak saya menjadi artis. Maklumlah, masa itu baru ada bajet lebih.

“Teringat masa zaman di universiti dulu. Penuh aksesori satu badan. Tapi kalau nak pakai balik seperti dulu, rasa mcam dah tak sesuai, rasa tua,” selorohnya.

Khamis, 29 April 2010

Tiada lagi Ahli Fiqir




BUAT kali terakhir mereka muncul bersama dan keindahan Pulau Pangkor, Perak telah menjadi saksinya. Umum sudah tahu mengetahui mengenai perpecahan yang melanda kumpulan hip hop Melayu popular, Ahli Fiqir.

Namun, tidak ramai yang berpeluang berkongsi emosi pada saat-saat akhir kewujudan Ahli Fiqir. Bukan meraikan tetapi bermatlamat meninggalkan memori manis agar terpahat sekeras kerikil di hati semua, Ahli Fiqir telah mengadakan percutian istimewa bersama peminat dan media di Pulau Pangkor baru-baru ini.

Ternyata, dalam pada berseronok merealisasikan percutian tersebut, emosi kesedihan melanda jua saat Ahli Fiqir membuat persembahan khas pada malam terakhir percutian bersama mereka itu membuatkan peminat-peminat yang menonton di situ sedih.

Perasaan itu mula timbul apabila Ahli Fiqir yang dianggotai oleh Fadali Mohd. Darif atau dikenali sebagai Daly, Noor Hidayati Mohamed Yusop (Mawar Berduri) dan Ceza Mutyara (DJ Cza) mendendangkan lagu Janganlah Pergi Mawar.


MAWAR kini lebih memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.


Lagu yang dicipta Daly pada tahun lalu itu dimuatkan dalam album Irama Berimah yang dilancarkan tahun yang sama itu ditujukan khas kepada Mawar.

Walaupun semasa lagu Janganlah Pergi Mawar dicipta, Daly atau Mawar sendiri tidak pernah terfikir untuk meninggalkan ataupun membubarkan kumpulan yang mereka bina sejak lapan tahun lalu.

Berkongsi emosi, Daly memberitahu, pembubaran Ahli Fiqir bukan salah sesiapa kerana perkara itu telah mendapat kata sepakat semua pihak.

Katanya, cadangan untuk membubarkan Ahli Fiqir ialah selepas dia mendapat tahu Mawar mengandung sekitar Januari lalu. Ketika itu kandungan Mawar baru berusia sebulan.

"Ketika Daly mendapat tahu Mawar mengandung anak kedua, saya terus berjumpa dengan pihak syarikat rakaman untuk membincangkan hal ini kerana Ahli Fiqir masih mempunyai baki dua tahun kontrak.

"Selepas perbincangan itu selesai dan keputusannya ialah semua pihak bersetuju Ahli Fiqir dibubarkan," katanya pada sidang akhbar selepas persembahan khas Ahli Fiqir di Pangkor Coral Bay Resort.

Sementara, menurut Mawar yang kini mengandung lima bulan, dia merasakan adalah tidak adil untuk anggota Ahli Fiqir yang lain sekiranya selepas ini dia tidak dapat selalu turut serta dengan Ahli Fiqir. Justeru bagi Mawar, pembubaran Ahli Fiqir merupakan jalan terbaik kerana sekurang-kurangnya tanpa menggunakan nama Ahli Fiqir, anggota kumpulan itu boleh bergerak secara solo.

"Saya fikir kalau saya berehat terlampau lama mungkin akan mengganggu aktiviti atau jadual Ahli Fiqir. Lagipun bila umur meningkat tanggung jawab kita pun makin banyak. Bila selalu sangat tiada, nanti orang akan fikir Ahli Fiqir ada masalah pula," ujarnya yang mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga, sementelah dia pula akan melahirkan anak keduanya tidak lama lagi.


TIGA anggota Ahli Fiqir (dari kiri), Mawar, Daly dan DJ Cza kini membawa haluan masing-masing.


Pulang ke Indonesia

Bagaimana pula nasib anggota Ahli Fiqir, DJ Cza yang berasal dari Indonesia. DJ Cza menegaskan, dia akan pulang ke Indonesia untuk meneruskan perniagaan kelapa sawit milik bapanya.

"Sudah lama saya fikirkan untuk meneruskan perniagaan itu tetapi disebabkan komitmen kepada Ahli Fiqir saya tangguhkan dahulu. Sekarang, saya rasa sudah sampai masanya untuk masuk dalam bidang perniagaan pula," tuturnya yang pada mulanya menceburi bidang muzik sebagai satu hobi sahaja.

Sementara, seorang lagi anggota Ahli Fiqir, Daly bakal bergerak secara solo disebabkan minatnya yang mendalam untuk menghasilkan karya-karya yang terbaik bagi dikongsikan bersama peminat muzik.

Kata penyanyi yang berasal dari Singapura itu juga, dia akan mengeluarkan album solo pertama berjudul Muka Surat Baru tidak lama lagi.


DJ CZA memilih untuk aktif dalam bidang bisnes.


"Semua lagu-lagu sudah hampir siap dan kini berada di peringkat akhir," ujarnya.

Daly yang mewakili Mawar dan DJ Cza juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media dan peminat-peminatnya yang menerima konsep yang mereka bawa dari mula hingga akhir pembabitan Ahli Fiqir.

Pada persembahan selama sejam itu Mawar yang kelihatan bertenaga dan menampilkan persembahan yang baik rupa-rupanya terpaksa berhati-hati dalam mengatur langkah ketika di atas pentas kerana bimbang akan kandungannya yang berusia lima bulan.

Perkara itu terpaksa diberi perhatian kerana semasa mengandungkan anak pertamanya, Adam Haris Imran, dia terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kandungannya yang ketika itu bermasalah.

"Walaupun berhati-hati dan mengatur langkah Mawar tetap cuba untuk memberi persembahan yang terbaik pada malam ini," katanya.


DALY bakal muncul dengan album solo sulungnya, Muka Surat Baru.


Pada percutian tersebut, kira-kira 60 orang peminat dan wakil media turut serta dalam percutian bersama Ahli Fiqir di Pulau Pangkor, Perak anjuran Warner Music Malaysia dan Tholand Waey Holiday Sdn. Bhd.

Percutian yang berlansung di Pangkor Coral Bay Resort, selama tiga hari dua malam itu turut di meriahkan dengan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan silaturahim antara artis, media dan peminat walaupun itu merupakan acara terakhir kumpulan tersebut.

Sebagai satu nama yang kukuh dalam kelasnya yang tersendiri, sudah pasti Ahli Fiqir menggunakan peluang ini untuk memberikan yang terbaik untuk peminat mereka.

Pengalaman percutian bersama kumpulan yang terkenal dengan lagu yang sesuai dan serasi dengan masyarakat di seluruh nusantara sudah pasti menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh pengikutnya kerana mereka telah membuat keputusan untuk merehatkan diri dari persada muzik tanah air.

Kenangan yang berbekas terhadap Ahli Fiqir kini diabadikan menerusi keindahan lirik lagu Janganlah Pergi Mawar.


Sumbangan Kosmo Online

Isnin, 26 April 2010

Mahu bangkit dari kegagalan


KENANGAN... Cat Farish (duduk, dua dari kiri), Mode (berdiri, belakang) dan Amer Munawer (berdiri, baju hitam) sewaktu menganggotai kumpulan Ruffedge.

SATU ketika dahulu, nama mereka berada di puncak kegemilangan dan menjadi kegilaan peminat.

Terima kasih kepada lagu Tiada Lagi Cinta yang telah membawa kemasyhuran kepada kumpulan yang sudah ditubuhkan lebih sedekad yang lalu.

Kelangsungan daripada lagu tersebut, Ruffedge terus menyambung hayat populariti mereka dengan lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Da' Bomb, Goyang dan Bila Rindu.

Namun, entah di mana silapnya, populariti yang dikecapi mula pudar dan peminat seakan-akan sudah melupakan kumpulan ini.

Mereka bagaikan dipinggirkan dan ramai yang mula mengandaikan kumpulan ini sudah pun menamatkan hayat mereka.

Hakikat sebenarnya, tidak! Mereka masih lagi bernyawa dan jenama Ruffedge sekali-kali tidak akan berkubur.

Ini diakui sendiri oleh salah seorang anggotanya, Azan Addin Abd. Wahab atau lebih popular dengan panggilan Azan yang memberitahu Ruffedge masih lagi aktif.

Tegas Azan, untuk meletakkan batu nisan kepada kumpulannya dalam waktu terdekat ini, ia tidak mungkin akan berlaku.

Jelasnya, apa yang berlaku Ruffedge tetap bersatu biarpun anggota kumpulannya bersilih ganti.

"Kami sedar nama kami tidak sepanas sewaktu kami mula-mula muncul dulu dan kami menerima hakikat itu.

"Sebenarnya, banyak yang telah kami lalui sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami tidak malu akui bahawa kami menjadi lupa diri atas kemasyhuran serta kemewahan yang dinikmati.

"Lalu, apabila semuanya ditarik balik oleh Sang Pencipta dalam sekelip mata, ia telah memberi kesedaran kepada kami bahawa apa yang telah kami lakukan sebelum ini banyak silapnya.

"Kini, kami mahu bangkit semula dan memperjuangkan muzik yang telah menjadi darah daging kami sejak sekian lama," luah Azan mewakili teman-temannya yang lain sewaktu sesi fotografi yang berlangsung di studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Azan, tiga anggota Ruffedge lain yang turut hadir ialah Mohd. Kamaruzaman Zain Abdul Hamid atau Zain; Irwan Iskandar Abidin (Iwan) dan Mior Zulkarnain Mohd. Zamhuri (Nine).

Permainan politik

Tambah Azan lagi, dugaan dan cabaran yang menimpa mereka memang cukup hebat dan ia ditambah lagi dengan pengunduran Cat Farish, Sein dan Amer Munawer yang merupakan anggota kumpulannya.

Namun, dia sedar Allah Maha Berkuasa dan dia ditemukan dengan dua individu yang berbakat besar iaitu Iwan dan Nine yang akhirnya menjadi keluarga Ruffedge.

Dalam masa yang sama juga, Azan yang juga salah seorang pengasas kumpulan Ruffedge ini memberitahu 'kehilangan' mereka dalam industri ada kena-mengena dengan permainan politik syarikat rakaman.

Ceritanya, selepas muncul dengan album Ruffera, mereka sepatutnya melahirkan album baru.

Tetapi, syarikat rakaman mereka ketika itu, EMI bagaikan main tarik-tali dengan mereka sehinggalah peluang itu terus ditutup apabila EMI berkubur.

Tidak menyesali apa yang berlaku, jelas Azan, semuanya dianggap sebagai rencah dan asam garam dalam gelanggang seni yang sememangnya penuh mencabar.

Tahun lalu, Ruffedge muncul dengan empat buah lagu terbaru iaitu Pemuja Dari Jauh, Ke Udara, Jangan Berhenti dan Rintihan Pengemis yang menyaksikan sentuhan berbeza mereka.

Jika dulu, muzik mereka lebih sesuai dan menyentuh muda-mudi sebaya mereka tetapi kini, Ruffedge mahu tampil dengan muzik yang lebih matang seiring dengan usia serta status mereka sebagai seorang suami dan bapa.

Biarpun sudah muncul dengan beberapa buah lagu terbaru, ia masih belum cukup untuk mengukuhkan kedudukan mereka di dalam industri.

Jauh di sudut hati mereka, keinginan untuk merakamkan album masih lagi tebal dan mereka sendiri tidak pernah putus asa untuk mencari peluang.

Mengakui zaman ini penuh mencabar apabila album fizikal semakin disisihkan dan fokus lebih kepada muat turun yang menjadi trend masa kini, Ruffedge enggan cepat menyerah kalah.

Jelas Zain, memang ada beberapa syarikat yang mahu melamar Ruffedge menjadi artis naungan mereka.

Tetapi, sebagai artis berkumpulan yang bertahan lama dalam industri, mereka mahukan sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah diberikan oleh bekas syarikat rakaman mereka.

"Bukan mahu bersikap angkuh tetapi setidak-tidaknya biarlah tawaran itu setimpal dengan bakat serta kesungguhan yang kami perjuangkan menerusi muzik Ruffedge.

"Pun begitu, kami tidak akan berputus asa untuk melahirkan muzik dan lagu terbaru buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kami," kata Zain yang juga aktif sebagai seorang pelakon.

Sebetulnya, benar juga apa yang diperkatakan Zain itu kerana sehingga kini, tiada sebuah pun kumpulan vokal berharmoni yang mampu kekal di dalam industri.

Rakan seperjuangan mereka, V.E. sudah pun menamatkan perjuangan seni mereka apabila masing-masing kini lebih selesa bergerak solo serta mencuba cabang seni yang lain.

Lantaran itu, apabila nama mereka tersenarai sebagai salah seorang finalis kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) pada 2 Mei ini, mereka hanya bersyukur dan menarik nafas lega.

Kelegaan mereka membawa seribu satu makna yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Setidak-tidaknya kata mereka, dengan satu pencalonan itu ia diharapkan dapat membuka mata ramai pihak khususnya peminat bahawa mereka tidak pernah berkubur.

Perjuangan mereka masih belum selesai dan banyak lagi yang mahu mereka kecapi sebagai seorang penghibur.

"Kami memang tidak menyangka alunan vokal kami masih lagi mendapat tempat di hati juri yang menghargai bakat kami.

"Ucapan terima kasih juga harus diberikan kepada KRU kerana inisiatif mereka dalam mempromosikan lagu Pemuja Dari Jauh yang akhirnya mendapat pencalonan AIM17.

"Ini adalah perangsang buat kami untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti demi peminat dan mengubat kekecewaan yang pernah kami alami sebelum ini," jelas Azan dan Zain sewaktu diminta mengulas tentang pencalonan mereka.

Untuk kategori ini, Ruffedge akan ditentang hebat oleh empat calon lain yang tidak sewajarnya dipandang sebelah mata.

Mereka yang dimaksudkan ialah gandingan DJ Fuzz, Malique dan Salam yang mempertaruhkan lagu Cerita Kedai Kopi selain dua kumpulan nasyid popular, Inteam dan Rabbani yang masing-masing dicalonkan menerusi lagu Allahu Rabbi serta Kejora Sinar Zaman.

Dua nama besar industri muzik Nusantara, Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti juga tercalon dalam kategori ini menerusi lagu Amarah yang dipetik dari album CTKD.

Nama Ruffedge bukanlah asing di pentas AIM kerana sebelum ini mereka juga pernah dicalonkan pada AIM12 (2005) bagi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album dan Album Pop Terbaik menerusi album Defined.

Bahkan, nama mereka juga pernah dijulang di pentas AIM pada tahun 2003 apabila memenangi kategori Artis Harapan yang sekali gus membuatkan nama mereka meniti di bibir peminat.

"Kami harus akui AIM telah menganjakkan karier kami ke peringkat yang lebih tinggi dan ia membuatkan masyarakat menerima muzik kami dengan baik.

"Mahu atau tidak, AIM sebenarnya banyak mengubah hidup artis yang menang mahupun sekadar dicalonkan kerana ia membuktikan hasil kerja keras kita diiktiraf.

"Bohong kalau kami kata tidak mahu menang tetapi apabila melihat nama kami dicalonkan tahun ini, ia sudah membuatkan kami teruja," kata Ruffedge yang akan menjadi salah seorang penyampai anugerah AIM17.

Zize & Datuk Bung mengaku bersalah





BARU sahaja Joyah rasa pasangan merpati dua sejoli ini bergambar sakan dalam satu majlis anugerah baru-baru ini dengan dakapan romantis. Tup tup sekali lagi pasangan Zizie dan Bung Moktar bergambar sakan, tapi kali ini di depan mahkamah pula.

Mereka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkahwin tanpa kebenaran. Bung didakwa berpoligami dengan Zizie tanpa kebenaran mahkamah manakala isteri keduanya yang cukup gebu itu didakwa bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Daerah Gombak Timur, Selangor.

Apa yang membuatkan Joyah tersenyum sinis, pasangan itu juga didakwa saling bersubahat antara satu sama lain dalam majlis pernikahan pada pukul 8.50 malam, 16 Disember tahun lalu di sebuah rumah beralamat No. 12, Jalan TC 2B/3, Cemerlang Heights, Taman Melati dekat sini. Wah, siap alamat lengkap lagi.

Tak cukup dengan itu ramai lagi yang dihadapkan ke mahkamah termasuklah adik-beradik Zizie, Ahmad Shahazmi bersama dua lagi adiknya, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam atas tuduhan bersubahat dengan adik ipar mereka yang berpoligami tanpa kebenaran pada masa, hari dan tempat yang sama.

Dua rakan Bung Moktar iaitu, Sahari Ahmad dan Titing Putang pun tak terlepas dari dakwaan yang sama. Kiranya kes naik mahkamah beramai-ramai la ni.

Tak apalah Zizie, kadang-kadang kebahagiaan lebih penting dari segala-galanya. Tapi yang salah tetap salah. Jadi Joyah harap Zizie dan Bung Moktar bersabarlah sementara menanti keputusan mahkamah.

Zaibo kahwin dalam diam?




Satu Johor kecoh kononnya ternampak pelakon komedi popular, Zaibo, 54, selalu sangat berkepit ke sana kemari dengan seorang wanita berusia awal 40-an.

Niezam dapat banyak panggilan telefon daripada orang Johor.

Salah seorang dari Rengit. Orang Rengit tu bagi tahu dia syak Zaibo dah kahwin senyap-senyap sejak beberapa bulan lalu.

Kalau tak kahwin pun mungkin tengah dok bercintan-cintun dengan wanita berkenaan.

Menurut peminat Kring Kring yang lain pula, Zaibo dengan wanita berkenaan begitu mesra. Mereka selalu ke pasar dan beli ikan sama-sama.

“Kami orang Johor ni minta Niezam tolong siasat segera. Dia orang macam laki bini. Mesti dah kahwin tu. Jangan la sorok-sorok kalau ye pun,” komen seorang pembaca.

Yalah... tak apa nanti akan disiasat perkara tu. Tak ada masalah sangat kalau setakat nak pasang teropong nak intai abang Zaibo kita ni.

Pagi Jumaat lepas Niezam telefon Zaibo dan minta dia jelaskan betul ke tak dia kahwin diam-diam?

Niezam kata kat dia, jangan nak sorok-sorok kalau benda yang baik. Nanti tak berkat, kahwin setahun, dua, terus bercerai sebab kena sumpah dengan peminat.

Tanpa mahu berselindung, kata Zaibo dia mengaku memang sedang berkawan baik dengan seorang janda anak sembilan.

Tapi hubungan tu tidak lebih-lebih. Hubungan tu macam adik dan abang angkat sahaja.

“Saya memang berkawan baik dengan wanita Rengit tu. Sejak kebelakangan ni bila tak ada shooting memang saya selalu ke sana. Dia adik angkat saya. Kami dah kenal dekat 10 tahun dah,” kata Zaibo.

Menurut Zaibo lagi pada mulanya dia berkawan baik dengan kakak kepada wanita itu yang merupakan seorang petugas di sebuah universiti di Johor.

Ketika ada banyak program di Singapura, Zaibo menumpang di rumah kenalannya itu di Johor Bahru. Dari situlah Zaibo dan keluarga wanita berkenaan menjadi rapat sampai sekarang.

“Saya minta kepada sesiapa yang nampak saya berdua-duaan di pasar atau di mana-mana kedai makan ke, jangan salah faham pula. Dia bukan isteri saya tapi adik angkat sahaja,” ujarnya.

Harap-harap selepas ini kepada sesiapa yang tertanya-tanya mengenai persoalan status Zaibo tu, akan berpuas hati dengan penjelasan ini ya. Jangan nak pening-pening lagi.


Sumbangan utusan malaysia Online

Hati Rozita dicuri jejaka 34 tahun





SUSAH menjadi orang cantik seperti aktres Rozita Che Wan. Ke mana sahaja dia pergi, pasti meninggalkan kisah-kisah hangat yang tidak pernah surut. Bukan orang memburu kisah kerjayanya, tetapi kisah peribadinya dilihat mempunyai nilai lebih tinggi daripada lelah aksi lakonannya.

Jujur, kata Rozita, dia sedikit terkilan apabila khalayak lebih mahu mengambil tahu tentang peribadi berbanding kerjayanya, tetapi siapalah dia menahan kehendak tersebut. Akhirnya dalam keterpaksaan dia pasrah.

Terbaru sedang namanya hangat dengan drama Kiah Pekasam dan Aku Terima Nikahnya tiba-tiba muncul cerita yang ibu tunggal beranak dua itu mahu bersara daripada dunia seni andai bertemu jodoh dalam tahun ini.

Menjawab kepada semua persoalan itu, Rozita yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini menafikan dia bakal berkahwin dalam masa terdekat tetapi mengakui hatinya kini sedang berbunga cinta.

"Saya tidak kata saya nak bersara sekarang, tetapi saya kata saya akan bersara andai saya bertemu jodoh dan itu tidak bermakna saya akan berkahwin dalam masa terdekat.

"Buat masa ini saya masih menunggu jodoh. Keputusan untuk bersara itu pun bukannya datang daripada sesiapa tetapi daripada saya sendiri," jelasnya dalam nada lembut.


ROZITA mengaku dia kini lebih sensitif dan cepat terasa dengan cemuhan tidak berasas.


Tambahnya, selain ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap rumah tangga yang bakal dibinanya kelak, wanita bermata bundar itu mengatakan dia berlakon bukannya kerana minat tetapi atas faktor untuk meneruskan kehidupan.

"Saya berlakon untuk mendapatkan wang, jika saya tidak bekerja siapa yang akan sara keluarga saya. Sebab itu, jika saya bertemu jodoh, saya tidak berasa ragu-ragu untuk meninggalkan kerjaya glamor saya sekarang ini.

"Kerja sebagai pelakon bukan mudah. Selepas ini jika ada orang yang boleh menanggung saya buat apa saya nak berlakon lagi. Oleh sebab itu, saya harus memilih betul-betul lelaki untuk dijadikan suami, tidak boleh tangkap muat sahaja, " jelas Rozita tentang penglibatannya terhadap dunia seni.

Hati dimiliki

Bukan sekali Rozita dikaitkan dengan lelaki. Lumrah wanita cantik, sejak menghuni persada seni, tidak pernah Rozita surut dengan gosip dia bersama lelaki termasuk berpangkat Datuk dan sebagainya.

Namun semua dinafikan oleh Rozita. Kata Rozita, lelaki-lelaki yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini tidak pernah menanamkan benih cinta di dalam hatinya. Namun kini hatinya sedang berbunga cinta dengan seorang lelaki yang identitinya mahu dirahsiakan.

Kata wanita berusia 37 tahun itu, lelaki bujang yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu itu telah berjaya membuka ruang hatinya untuk kembali mengait buih cinta.

"Dia sebenarnya kawan lama saya dan kami telah kenal selama empat tahun tetapi mula rapat dalam beberapa bulan yang lalu. Soal kahwin itu saya tidak boleh bercakap banyak kerana itu terpulang pada jodoh. Setakat ini, dia telah berjumpa dengan keluarga dan anak-anak saya," terangnya yang turut memberitahu teman lelakinya itu berusia 34 tahun.

Ceritanya dalam nada penuh ceria, dia sungguh bertuah kerana lelaki yang dikenalinya kini boleh dikatakan sebagai lelaki yang secocok dengannya.

Sikap serta keprihatinan yang ditunjukkan lelaki itu benar-benar memikat hatinya sebagai seorang wanita.


SEDANG diulit bahagia. Kata Rozita dia selesa berdamping dengan lelaki yang memahami dirinya.


"Dia cakap dia suka dengan saya dan yang penting dia seorang yang baik dan amat menghormati saya serta kerjaya saya sebagai artis.

Dia juga tidak pernah mengawal saya. Apa sahaja masalah saya boleh berkongsi dengannya. Itu yang saya senang dengannya," katanya.

Beritahu Rozita lagi, meskipun dia kini bergelar artis dan sering menjadi tumpuan ramai, itu bukannya penghalang hubungan mereka.

"Dia kenal saya masa mula-mula saya nak jadi artis lagi. Jadi dia memang tahu saya artis. Kadangkala jika kami keluar berdua, dia yang malu sebab ramai orang pandang," katanya dalam tawa.

Bagaimanapun tegas Rozita, sebagai manusia dia hanya merancang dan mengharapkan yang terbaik selebihnya terpulang kepada ketentuan Allah.

"Setakat ini saya tidak tahu dia jodoh saya atau tidak, saya tidak berani nak cakap. Tidak semestinya bila saya berkawan dengan seseorang lelaki itu sudah tentu dia jodoh saya. Kalau ditakdirkan saya bersyukur kalau tidak, saya nak buat macam mana," luahnya.

Terkilan

Sambung Rozita yang mengerjakan umrah buat kali ketiga bersama adiknya aktres Ayu Raudah selama 12 hari bermula hari ini, sejak kebelakangan ini dia sedikit kecewa dengan laporan yang ditulis mengenai dirinya.

Ulasnya, cukuplah dengan kontroversi yang sudah tertulis mengenai dirinya sebelum ini.


HARI ini, Rozita berangkat ke Mekah bersama adiknya, Ayu Raudah untuk mengerjakan umrah.


"Cukup-cukuplah nanti orang kata saya artis yang gila publisiti pula sedangkan segala cerita itu bukan datang daripada saya.

"Saya akui saya berkecil hati kerana selama ini bila orang buat kontroversi tentang diri, tidak ada kesahihan mengenainya. Bila orang baca kisah saya mereka kata saya artis tidak laku sebab itu kena buat kisah sensasi," ujarnya.

Disoal mengapa kini dia mula terasa dengan segala laporan sensasi sedangkan dulu dia menerimanya dengan lapang hati kerana memahami adat resam dalam dunia hiburan.

"Mungkin faktor usia memainkan peranan kerana saya semakin sensitif. Dulu saya tidak kisah apa pun orang tulis tentang saya. Saya juga tidak pernah melenting tetapi kalau sudah kerap cerita kontrovers keluar, ia membuatkan saya kecewa menjadi artis.

"Jadi bila tidak ada cerita baru, saya lebih suka berdiam diri. Bukan saya sombong tetapi nanti asyik cerita peribadi saya yang ditulis bukannya tentang kerjaya. Itu bukanlah satu hal yang boleh saya banggakan," terangnya.


KALAU ada jodoh dengan jejaka 34 tahun yang kini mengisi kekosongan hatinya, Rozita tidak teragak-agak untuk kembali berkahwin.


Meskipun pernah dikritik sebagai pelakon kayu dan pelakon suam-suam kuku oleh sesetengah pihak, Rozita membuktikan dirinya bukan sekadar cantik tetapi diiringi dengan bakat lakonan yang semakin hari semakin menyerlah.

"Alhamdulillah, jadual saya padat sampai bulan Julai. Walaupun tidak ada filem tetapi tawaran untuk drama tidak pernah putus.

"Saya tidak boleh memilih kerana saya berlakon untuk menyara hidup dan bukannya muda lagi. Tetapi itu tidak bermakna saya ambil saja semua tawaran lakonan. Saya masih menilai sama ada drama itu berkualiti atau tidak," katanya yang akan menjalani penggambaran drama Bola Saka tidak lama lagi.

Saat cukup bermakna

GABUNGAN dua kumpulan legenda rock, Search dan Wings menerusi Konsert Double Trouble (KDT) di Arena Tertutup Bukit Kiara jam 8.45 malam pada 1 Mei ini pastinya dinantikan ramai.

Kali terakhir kumpulan berkenaan menjayakan persembahan bersama sekitar 1993. Menerusi projek khas penerbitan album Double Trouble menyatukan dua kumpulan rock popular sejak 1980-an.


Album Double Trouble menembusi jualan melebihi 180,000 unit disusuli siri konsert jelajah dua kumpulan rock gergasi itu. Gandingan mereka kembali bersatu menerusi Double Trouble 2 pada 1998. Dua kumpulan yang mempunyai pengaruh tersendiri sehingga mencetuskan fenomena luar biasa di dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.


Lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, Fenomena, Gadisku, Pelesit Kota, Sejati dan Taman Rashidah Utama masih diminati sehingga kini.


Vokalis Search, Amy mengakui berasa teruja menantikan saat menjayakan konsert yang cukup bermakna buat mereka malah selepas 17 tahun mereka kembali bersatu dalam persembahan khas itu.


"Saya harap konsert akan memberi satu kenangan indah buat semua peminat. Kami mempunyai perancangan tersendiri untuk menghiburkan peminat menerusi konsert itu nanti. Kami menjanjikan satu persembahan hebat dan akan meninggalkan penuh memori indah kepada penonton yang hadir nanti.


"Persembahan kami pastinya berbeza daripada 1993 dulu. Susunan lagu dan melodi juga pastinya lebih menarik. Kami juga menjanjikan beberapa segmen khas selain lagu yang dipilih bagi lagu duet adalah yang terbaik," katanya.


Sementara itu, Awie, vokalis kumpulan Wings pula memberitahu, jadual latihan untuk persediaan pada persembahan itu cukup padat sejak beberapa bulan lalu, malah semua anggota kumpulan tidak sabar menantikan tarikh persembahan.


"Apa yang lebih penting, persembahan kami sebagai satu persembahan. Bukan mengenai lagu siapa atau kehebatan masing-masing. Terpulang kepada peminat yang hadir pada konsert itu nanti untuk menilai perbezaan dan sudut mana persembahan yang kami tampilkan berbanding 17 tahun lalu," katanya.

Malah, menyentuh mengenai perbandingan antara mereka yang sering membuatkan peminat masing-masing bertelagah, kedua-duanya sepakat memaklumkan tidak ada yang perlu dicemburukan antara mereka. Tidak ada benda yang dirasakan untuk dibandingkan. Setiap kumpulan mempunyai arah tersendiri. Tidak timbul soal bersaing memandangkan konsert berkenaan satu persembahan menggabungkan dua kumpulan.


Dalam pada itu, masalah lalu lintas setiap kali berlangsung program hiburan atau konsert berskala besar di sekitar laluan Bukit Kiara Equestrian & Country Resort mendorong penganjur KDT, Adeptnet Sdn Bhd tampil dengan pelbagai alternatif.


Selain mendapat bantuan daripada pasukan keselamatan, Polis Trafik penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas Rapid KL secara percuma di tiga kawasan bagi kemudahan pengunjung antaranya di Taman Jaya, Pusat Bandar Damansara dan LRT Bangsar.


Perkhidmatan pergi ke tapak konsert disediakan dari jam 5 petang hingga 9 malam manakala pada jam 10 hingga 12 malam untuk pengangkutan pulang. Perkhidmatan berkenaan disediakan setiap 20 minit.

Pengarah konsert, Zainurin Jaafar berkata, pihaknya menyasarkan lebih 10,000 penonton bakal membanjiri tapak konsert berkenaan, malah lokasi konsert itu mampu menempatkan seramai 15,000 pengunjung.


"Kami menyasarkan 10,000 pengunjung dan mungkin ia boleh mencapai tahap maksimum kepada 15,000 orang. Sehingga kini, sebanyak 60 peratus tiket sudah terjual dan saya jangkakan jumlah akan meningkat pada saat akhir nanti," katanya. Tidak dinafikan, KDT sebagai penanda aras untuk penganjur membawakan konsert berkenaan ke beberapa destinasi terpilih di seluruh Malaysia pada masa akan datang jika semuanya berjalan lancar.


Ramli ikut jejak Khaty bolosi DFP

KEHEBATAN suaranya tiada tandingan. Pada usia 57 tahun, Ramli Sarip membuktikan bakat nyanyian dalam dirinya masih menebal.

Nyata bekas vokalis Sweet Charity yang mendapat jolokan Papa Rock ini mempunyai kekuatan vokal sama seperti dulu setiap mengadakan persembahan. Biar masa berlalu dan generasi penyanyi bersilih ganti, persembahannya tetap dinantikan. Mengubati kerinduan peminat, Ramli membawa berita gembira apabila akan mengadakan konsert selama dua malam berturut-turut bermula 10 Mei ini.


Menariknya, konsert yang dikenali sebagai Tafsiran Alam: Wisdom of Nature akan mencipta sejarah tersendiri kerana mengambil lokasi di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur. Tentunya, bukan calang-calang penyanyi boleh mengadakan persembahan di sana memandangkan pelbagai kriteria dan piawaian perlu dipenuhi bersesuaian persembahan bertaraf antarabangsa.


Ramli berkata, peluang mengadakan konsert di DFP hadir selepas dia terbabit sama menjayakan Khadijah Ibrahim's The Pearl Anniversary Concert di lokasi yang sama pada 17 November 2008. Pada persembahan itu, sambutan yang diberikan peminat cukup menggalakkan termasuk menyokong karier seninya.


"Mungkin DFP melihat profil diri saya sebagai penyanyi yang mempunyai banyak album mampu memberi tarikan pada penonton hadir ke sana nanti. Saya percaya ini satu peluang yang besar dan saya tersentuh dengan sokongan peminat pada saya sebelum ini. "Memberi tarikan, konsert saya kali ini turut menyaksikan kerjasama dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Saya pernah menjadi sukarelawan bersama Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), tetapi kini berhasrat membantu yayasan ini menerusi sumbangan daripada jualan tiket konsert itu nanti.


"Mengenai persembahan, saya akan menyampaikan hampir 20 lagu dalam persembahan yang dijangka berlangsung selama dua jam. Seramai 17 pemuzik akan mengiringi persembahan kali ini dan saya berasakan suasananya berlainan hinggakan peminat perlu menyaksikannya sendiri," katanya.


Menambah keghairahan kepada peminat, Ramli turut menampilkan dua penyanyi undangan iaitu Andre Goh dan Misha Omar. Ramli menyatakan dia memilih Andre dan Misha untuk turut serta dalam persembahan kali ini kerana kelebihan vokal yang istimewa. "Sewaktu bersama Sweet Charity pada 1973, saya sering menonton persembahan Andre di Panggung Negara, Singapura. Apabila mendengar suaranya mengalunkan lagu Mas Merah, saya berasakan dia sangat unik, asli, luar biasa dan tidak janggal menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu. "Begitu juga, Misha, seorang penyanyi yang baik, mempunyai imej dan penampilan selesa serta menyampaikan lagu dengan menarik. Pada persembahan ini, saya juga akan menyanyikan dua lagu baru iaitu Kekasihku ciptaan Pyan Habib dan Ziarah yang diambil daripada puisi karya Zainal Abidin Ahmad," katanya.


Bagi Andre, dia terkejut apabila dijemput terbabit sama dalam konsert ini. Secara peribadi, dia juga akui sebagai peminat Ramli sejak 1970-an.


"Ramli mempunyai suara yang semakin matang dan berkerak-kerak hingga membuatkan dia penyanyi yang mempunyai suara unik. Saya pernah terfikir untuk menyanyi bersamanya dalam album ketika itu, tetapi tidak sangka akhirnya kami sama-sama mengadakan persembahan kali ini," katanya.

Begitu juga, Misha yang bangga dengan peluang yang diperoleh.


"Saya rasakan ini adalah peluang terbaik untuk saya mengambil pengalaman baru beraksi di DFP. Umpama orang mengantuk disorong bantal, saya harus berterima kasih kepada Abang Ramli kerana menjemput saya.


"Apapun, saya akan berusaha memberikan kerjasama yang baik dan memenuhi kehendak penonton pada persembahan malam itu nanti," katanya.

Aktiviti Umie Aida Parasail Di Pantai Batu Ferringhi

Nak Kahwin Ke Fafau

Wangi Fabulous Cats Dan Lan Pet Pet Bergurau

Bob Kuman Masuk ICU

Ayu OIAM Confirm Dah Nikah Dulu Baru Termengandung



Setelah lama membiarkan dirinya diselubungi misteri, akhirnya Ayu OIAM memunculkan dirinya dan membuat pengakuan tentang perkahwinannya dengan seorang duda. Dekat setahun jugak Ayu menyepikan dirinya disebabkan kontroversi nie.

Sebelum ini hangat diceritakan yang Ayu dah termengandung sebelum nikah, tapi Ayu menafikan gosip-gosip tersebut. Jujur atau tidak pengakuan tersebut, hanya Ayu OIAM sahaja yang tahu. Apa yang penting sekarang dah dapat anak maka silalah jaga elok-elok.

Ya, saya menghilang selama ini kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan anak yang masih kecil. Saya minta maaf kerana tidak memberitahu tentang perkahwinan saya pada Januari tahun lalu atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Kini saya bahagia bersama suami iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin bersama anak kami, Syed Nashrul Haikal. Saya juga sudah bersedia untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Baguslah sebab bercuti nak jaga anak. Anak-anak masa kecik nielah perlukan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Terharu kami melihat kesanggupan Ayu OIAM untuk meninggalkan dunia glamer demi menjaga anak dia. Bukan senang nak buat macam tue.

Spekulasi tentang saya hamil sebelum berkahwin itu tidak benar, saya telah berkahwin dahulu sebelum melahirkan anak. Kami berkahwin secara sederhana di Kuala Kangsar. Ketika majlis tersebut saya turut ditemani oleh bapa saya. Mulut orang kita tidak boleh tutup, jika orang masih ingin berkata tentang saya, biarlah. Saya hanya ingin minta maaf kepada peminat dan pihak pengurusan kerana menghilang selama ini.

Hmmm. Sepatutnya cakap kami telah berkahwin dulu sebelum mengandung. Baru tak ada keluar spekulasi lain yang bukan-bukan. Apa-apa pun tahniah kepada AYU OIAM yang dah bergelar ibu. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

(TAKZIAH)Anne Ngasri Pulak Bakal Bercerai

anne ngasri bercerai

Lama-lama terfikir jugak yang kehidupan artis Malaysia nie dah macam artis Hollywood. Selang sebulan dua mesti keluar berita artis bercerai. Mungkin jodoh tak panjang. Mungkin dah habis segala perbincangan dibuat sehingga cuma tinggal penceraian sebagai jalan terakhir. Agaknya itulah yang terjadi kepada Ngasriah Ngasri atau lebih popular dengan nama Anne Ngasri yang sedang menunggu keputusan mahkamah Mei ini mengenai kes penceraiannya dengan suami, Abdul Wafi Hassan.

Walaupun sudah memiliki 2 cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama, nampaknya jodoh Anne dan suami hanya sampai di sini sahaja. Punca sebenar penceraian dirahsiakan. Dan sememangnya memang wajar punca keretakan rumah tangga dirahsiakan agar tidak membuka pekung sesiapa. Kalau bukak cerita pun buat malu diri sendiri sahaja.

Buat Anne dan suami, nasihat kami cuma satu sahaja. Walaupun sudah bercerai, janganlah abaikan kasih sayang terhadap anak anda berdua. Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu. Cubalah berbincang secara baik untuk kebaikan dan masa depan anak anda berdua. Mereka tidak bersalah dalam hal ini.\

P.S: Pernah tak korang mengejar bayang? Melenkoli cinta tak kesampaian bukan salah sesiapa tetapi ego yang tak bertempat.


Sumbangan Ikhlas baeutifulnara.com