Selamat Datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

assalamualaikum

assalamualaikum
SELAMAT DATANG KE BLOG MY ZARIEL.BLOGSPOT.COM/ WELCOME TO MYZARIEL.BLOGSPOT.COM

Khamis, 8 Julai 2010

Beast terharu di Malaysia


ENAM anak muda bergelar Beast ini dalam rangka lawatan ke Asia dengan strategi untuk meningkatkan nama mereka di mata dunia.


HARAPAN untuk meraih sambutan yang hangat terutamanya di negara yang menggunakan bahasa berlainan sudah semestinya tidak telalu tinggi.

Namun atas faktor lagu dan popular serta mempunyai wajah yang kacak, kumpulan yang disertai enam anak muda lelaki dari Korea bergelar Beast itu mampu menarik sehingga 3,000 penonton untuk hadir ke mini konsert mereka yang berlangsung di Kl Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Enam anak muda berusia lingkungan 19 dan 20 tahun itu terdiri daripada Jun Hyung, Yo Seap, Gi Kwang (Aj), Dong Woon, Hyun Seung dan Du Jun.

Keterujaan anak muda negara ini terutamanya di kalangan perempuan terhadap kumpulan itu telah membuatkan mereka terharu terutamanya bila ada peminat yang menghafal lagu mereka.

Menurut Jun Hyung yang mewakili rakan-rakannya, mereka tidak sangka ada antara peminat mereka di negara ini boleh menghafal lagu Beast walaupun dalam bahasa Korea.

"Kami gembira apabila mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang Malaysia. Walaupun ini merupakan kali pertama kami singgah di Malaysia, penerimaan masyarakat di sini membuatkan kami terharu," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hotel Nikko Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, dia yakin dengan mengadakan Asia Tour itu dapat menaikkan populariti kumpulannya setanding dengan band dari Korea yang lain.

"Selain daripada bertemu peminat di negara ini tujuan kami datang juga adalah untuk mengenali lebih dekat dengan orang di Malaysia.

"Kami terpaksa bekerja keras demi untuk bersaing dengan band lain yang juga sedang meningkat naik di Korea," tambahnya.

Jelasnya lagi, lawatan ke negara-negara Asia adalah sebagai satu strategi mereka untuk meningkatkan nama Beast di mata dunia.

"Setakat ini respons yang kami terima sangat memberangsangkan terutamanya bila berhadapan dengan peminat.

"Kami boleh lihat sokongan yang mereka berikan kepada kami," ungkapnya.

Gementar


BEAST tidak menyangka diminati peminat dari kalangan orang Melayu.


Jun Hyung dalam pada itu mengakui, dia agak gementar bila berhadapan dengan para wartawan ketika sidang akhbar.

Katanya, walaupun gementar dan kurang bersedia mereka tetap hadapi soalan-soalan yang diberikan dengan tenang.

"Sidang media adalah penting untuk kami, kerana melalui itu jugalah promosi kumpulan kami diberikan.

"Setakat ini kami masih mampu mengharungi dan menjawab soalan yang diberikan," katanya.

Bercerita mengenai ahli kumpulan mereka lagi, Jun Hyung turut memberitahu Yo Seap dan Du Jun merupakan yang nakal antara mereka berenam.

"Mereka selalu mengusik antara satu sama lain. Kami tidak kisah pun asalkan mereka suka dengan apa yang mereka buat.

"Perangai mereka itu juga adalah penyeri dalam kumpulan ini," katanya.

Isnin, 7 Jun 2010

ST12 lebarkan sayap

SINGKATAN daripada nama Jalan Stasiun Timur no. 12, Bandung diangkat sebagai nama kumpulan tiga anggota dari seberang iaitu Charly (vokal dan bass), Pepeng (gitar) dan Pepep (drum) yang selesa menggelar kumpulan mereka sebagai ST12 ini.

Nama yang cukup unik itu diambil sempena nama jalan tempat bermulanya operasi muzik mereka.

Ketik itu, ST12 hanya membina nama sebagai sebuah band indie.

Di jalan keramat itu jugalah, ST12 membina sebuah studio rakaman tempat mereka merangka aktiviti seni serta mencari ilham berkarya.

Telah lima tahun bertapak di lapangan seni, hasilnya cukup memberangsangkan apabila sehingga kini berjaya membuahkan sebanyak empat album iaitu Jalan Terbaik, P.U.S.P.A., P.U.S.P.A. Repakage dan Pangeran Cinta.

Bagaimanapun, ST12 baru saja memperoleh peluang berkunjung ke Malaysia.

Kedatangan mereka ke sini untuk mempromosikan album Pangeran Cinta yang telah dipasarkan sejak 24 Mei lalu.

Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah Terlalu, Setiaku, Aku Padamu, Dunia Pasti Berputar, Pangeran Cinta, Masa Kecil, Lady Sky, Aku Terjatuh, Anugerah Cinta, I Love You, Sayedina dan Sebuah Kenyataan.

Bagi ST12, ini merupakan permulaan langkah mereka memenangi hati peminat muzik di negara ini.

Membawakan elemen muzik tersendiri yang lebih kemelayuan malah, tidak kurang juga dilabel sebagai muzik kampung oleh sesetengah pihak, ST12 bagaimanapun cukup menyenangi identiti muzik yang mereka perjuangkan.

Apatah lagi, dengan beridentitikan muzik 'kampung' nama mereka kini dikenali malah mula melebarkan sayap ke Malaysia.

Hadir dengan empat anggota pada asalnya, iaitu Ilham Febry (Pepep), Dedy Sudrajat (Pepeng), Muhammad Charly Van Houten (Charly) dan Iman Rush (Iman).

Kini mereka akur menggerakkan ST12 dengan hanya bertiga setelah Iman terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya.

Iman meninggal dunia akibat pecah pembuluh darah di otak pada Oktober 2006.

Pemergian Iman pada ST12 sedang membina pengaruh tersendiri bukan alasan buat mereka menghentikan langkah dan berundur daripada bidang seni suara.

Menyorot kembali kepayahan ST12 mencipta nama, Charly menjelaskan, kumpulan itu terpaksa menempuh pelbagai cabaran termasuk muzik mereka diperlekehkan pelbagai pihak.

"Orang di kota besar sukar menerima muzik kami ketika itu. Mereka kata muzik kami kekampungan. Jadi kami bergerak sendirian ke pelosok-pelosok kota bermain muzik dan mengumpul peminat tersendiri.

"Ketika itu juga Iman memang sudah sakit. Pada suatu pagi di bulan Ramadan, dia diserang keletihan dan jatuh sakit.

"Kami akui pemergiannya sedikit menggoyahkan kumpulan kami. Namun begitu, Alhamdulillah kami masih teruskan sehingga kini," katanya dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran album Pangeran Cinta, di Dorset Regency, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ternyata rezeki berpihak kepada ST12 apabila peluang bermain muzik di sebuah konsert di Jawa yang dihadiri oleh lebih 15,000 penonton, menjadi titik mula kemasyhuran ST12.

Tambah Charly, ST12 muncul dengan muzik baru yang agak sukar diterima oleh ramai orang pada awalnya.

Namun, peredaran masa banyak memperlihatkan tumbuhnya kumpulan-kumpulan dengan pengaruh muzik yang hampir serupa seperti Wali Band.

"Kami punya rasa bahawa muzik kami boleh diterima di Malaysia," kata Charly.

Sebelum ini, ST12 pernah menjayakan konsert di Stadium Tertutup Bandaraya, Johor Bahru menerusi Emerald Live In Concert Johor Bahru yang dihadiri oleh 2,500 penonton.

Biarpun jumlahnya agak kecil, namun itu sudah cukup membuktikan muzik mereka ada pengikut tersendiri.

Malah, baru-baru ini juga ST12 muncul menghiburkan peminat dalam konsert Rossa - Melodi Cinta yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Mei lalu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Aziz M. Osman, Puteri Lily selamat diijab kabul


KUALA LUMPUR 6 Jun - Pengarah filem dan drama terkenal, Aziz M. Osman, 48, sah bergelar suami kepada Puteri Sarbainun Lokman, 21, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negara, di sini hari ini.

Dalam majlis pada pukul 10.10 pagi itu, Aziz dengan hanya sekali lafaz selamat diijabkabulkan dengan Puteri Sarbainun atau mesra dengan panggilan Puteri Lily.

Majlis itu menjadi lebih bermakna apabila Puteri Lily dinikahkan sendiri oleh bapanya yang merupakan seorang penggiat teater terkenal, Lokman Ghani.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Aziz dan yang pertama untuk Puteri Lily.

Pada majlis itu, Puteri Lily menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM15,000 termasuk sebentuk cincin beserta tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

Pihak pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang yang merangkumi sebentuk cincin, sepersalinan baju Melayu beserta samping, minyak wangi, coklat, sirih junjung, buah-buahan dan senaskhah al-Quran.

Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Aziz yang kelihatan tenang sewaktu melafazkan akad nikah memberitahu, dia bersyukur kerana apa yang dirancangkannya berjalan dengan lancar.

Apatah lagi, keluhuran dan kejujuran Puteri Lily menerima diri dan enam orang anaknya itu benar-benar membuatkannya yakin untuk berkahwin lagi.

"Memang sudah lama saya hidup menduda dan apabila membuat keputusan untuk berkahwin sekali lagi, saya mahu mencari keberkatan hidup.

"Selepas melalui liku-liku dalam perkahwinan sebelum ini, sudah pasti saya mengharapkan kali ini adalah yang terakhir," luah Aziz yang merupakan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-15 menerusi filem Leftenan Adnan.

Biarpun ada segelintir pihak yang memperkatakan tentang perbezaan usia 27 tahun antara dia dan isterinya, Aziz langsung tidak melihatnya sebagai satu masalah besar.

Sementara itu, bagi Puteri Lily pula, dia sememangnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu segera kepada enam orang anak Aziz.

Malah, Puteri Lily juga menyerahkan kepada rezeki seandainya dia dikurniakan dengan cahaya mata dalam waktu terdekat ini.

"Saya tiada masalah untuk mendampingi anak-anak tiri saya. Insya-Allah, saya akan menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk mereka," katanya.

Majlis pernikahan yang diadakan dalam suasana ringkas dan sederhana itu turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu Aziz, Afida Es.

Majlis resepsi pasangan ini diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay di sini malam ini.

Bakal isteri Jimmy




SELAMA ini Papa hanya sering mendengar cerita mengenai pengacara terkenal, Jimmy Shanley bakal menamatkan zaman bujangnya.

Bagaimanapun, seingat Papa, tiada pula mana-mana media yang pernah menyiarkan foto bakal isteri pengacara muda dan tampan itu.

Khabarnya, Jimmy belum bersedia untuk mendedahkannya kepada umum kerana dia lebih senang membenarkan media merakamkannya pada majlis pertunangannya nanti.

Namun begitu, hujung minggu lalu, Papa dikejutkan dengan kehadiran sekeping kad yang disampaikan oleh seorang kenalan lama.

Sangkaan Papa kad berkenaan merupakan kad kahwin teman itu tadi, namun selepas dibuka sampulnya rupa-rupanya ia adalah kad pertunangan Jimmy.

Amboi tengok kad saja sudah cukup untuk membuatkan Papa menjangkakan majlis pertunangan yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini di Sungai Buloh, Selangor tentunya meriah bukan.

Jimmy bakal mengikat tali pertunangan dengan Suhaila Eliani Datuk Suhaimy. Suhaila merupakan anak kepada seorang pengasas produk kecantikan yang popular.

Pasangan berkenaan difahamkan akan bernikah dan bersanding pada bulan Oktober depan dan Papa juga diberitahu, jurusolek ternama tanah air, Zulfazli Suhadi telah dipilih sebagai jurusolek untuk majlis persandingan itu.

Pilihan yang dibuat oleh Jimmy dan Suhaila memang tepat kerana tiada siapa yang boleh menyangkal sentuhan emas Zulfazli yang sudah menata rias wajah banyak muka termasuk golongan selebriti.

Doa Papa buat Jimmy dan Suhaila, semoga majlis pertunangan mereka akan berjalan lancar.

Sabtu, 29 Mei 2010

Haliza letak syarat kepada Cedric


GOSIP dengan Ari Wibowo hanya tinggal gosip. Sebaliknya, gosip dengan jejaka Eropah bukan omong kosong buat Haliza Misbun kerana pelakon Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami! itu mengakui dia sudah ada kekasih.
pix_middle
pix_topright
Kata Haliza, jejaka dari Perancis itu, Cedric Lemaitre, turut beraksi dengan dalam filem komedi arahan Din CJ itu.


Haliza, 37, berkata dia mula bertemu Cedric yang juga pengarah urusan sebuah syarikat kejuruteraan Perancis yang berpangkalan di Malaysia itu ketika menyertai aktiviti kick-boxing, kira-kira empat tahun lalu.


"Hubungan kami menjadi rapat kerana berkongsi minat yang sama. Cedric juga meminati bidang produksi yang saya ceburi selama ini. Dia juga selalu melihat cara saya bekerja sepanjang tempoh empat tahun kami berkawan. "Cedric juga beritahu dia berminat menerbitkan filem kalau ada peluang," katanya.


Haliza yang tetap cantik berkata, dia selesa berkawan dengan Cedric kerana lelaki itu seorang 'workaholic', sama sepertinya. "Cedric tidak pernah menghalang saya untuk membuat keputusan sendiri dalam banyak hal. Bukannya saya tidak mahu berkawan dengan lelaki Melayu tapi lelaki Melayu semacam takut berkawan dengan saya. Mungkin lelaki Mat Salih lebih berfikiran terbuka," katanya.


Kata Haliza lagi, dia banyak berubah sejak berkawan dengan Cedric.


"Cedric sangat sabar dengan kerenah saya. Kalau kami ada jodoh, saya juga sudah minta satu perkara daripadanya iaitu kena benarkan saya terbang setinggi mana yang saya mahu dan jangan terlalu mengongkong saya. "Sebenarnya saya pernah berjumpa ibu bapa Cedric ketika mereka berkunjung ke Malaysia tapi pertemuan itu biasa-biasa saja," kata Haliza. Haliza berkongsi cerita ini ketika sesi fotografi bersama Rap di kawasan elit, Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Ketika diminta mengulas gosip dia ditaja seseorang hingga mampu menerbitkan filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami! yang membabitkan bajet RM1.2 juta, Haliza yang juga perangkul trofi Aktres Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2004, menafikannya. "Sebenarnya, separuh kos untuk filem itu datang daripada syarikat saya, Big Productions Sdn Bhd dan separuh lagi menerusi Skim Pinjaman Filem Cereka Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional). "Kalau ditaja orang kaya, macam mana saya dapat hidup bebas seperti sekarang?" katanya sambil merenung tajam. Haliza berkata, dia juga tidak hidup semewah yang digembar-gemburkan.


"Selepas kereta BMW saya terbakar, saya juga terpaksa ke sana-sini dengan teksi. Kalau saya hidup mewah perlu ke saya naik teksi? Kalau saya berjalan di luar, orang pun tidak kenal saya. Kalau ada majlis keramaian, barulah saya dijemput adik saya, Amanda, dengan keretanya," kata Haliza. Haliza berkata, dia sangat positif filem sulungnya itu diterima penonton tempatan.


"Rata-rata maklum balas yang diterimanya daripada rakan-rakan cukup memberangsangkan. Saya dapat komen daripada wartawan hiburan yang menontonnya di KLCC dan mereka cakap cukup terhibur dengan Andartu Terlampau.


"Begitu juga dengan komen ramai peminat menerusi facebook (fb) yang menyatakan Andartu Terlampau kelakar dan menghiburkan," katanya. Apapun, Haliza tetap gementar menantikan jumlah kutipan filem itu bagi tempoh dua minggu.

Haliza letak syarat kepada Cedric

Oleh Ramlah Zainal

2010/05/29
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

GOSIP dengan Ari Wibowo hanya tinggal gosip. Sebaliknya, gosip dengan jejaka Eropah bukan omong kosong buat Haliza Misbun kerana pelakon Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami! itu mengakui dia sudah ada kekasih.

pix_middle
pix_topright
Kata Haliza, jejaka dari Perancis itu, Cedric Lemaitre, turut beraksi dengan dalam filem komedi arahan Din CJ itu.


Haliza, 37, berkata dia mula bertemu Cedric yang juga pengarah urusan sebuah syarikat kejuruteraan Perancis yang berpangkalan di Malaysia itu ketika menyertai aktiviti kick-boxing, kira-kira empat tahun lalu.


"Hubungan kami menjadi rapat kerana berkongsi minat yang sama. Cedric juga meminati bidang produksi yang saya ceburi selama ini. Dia juga selalu melihat cara saya bekerja sepanjang tempoh empat tahun kami berkawan. "Cedric juga beritahu dia berminat menerbitkan filem kalau ada peluang," katanya.


Haliza yang tetap cantik berkata, dia selesa berkawan dengan Cedric kerana lelaki itu seorang 'workaholic', sama sepertinya. "Cedric tidak pernah menghalang saya untuk membuat keputusan sendiri dalam banyak hal. Bukannya saya tidak mahu berkawan dengan lelaki Melayu tapi lelaki Melayu semacam takut berkawan dengan saya. Mungkin lelaki Mat Salih lebih berfikiran terbuka," katanya.


Kata Haliza lagi, dia banyak berubah sejak berkawan dengan Cedric.


"Cedric sangat sabar dengan kerenah saya. Kalau kami ada jodoh, saya juga sudah minta satu perkara daripadanya iaitu kena benarkan saya terbang setinggi mana yang saya mahu dan jangan terlalu mengongkong saya. "Sebenarnya saya pernah berjumpa ibu bapa Cedric ketika mereka berkunjung ke Malaysia tapi pertemuan itu biasa-biasa saja," kata Haliza. Haliza berkongsi cerita ini ketika sesi fotografi bersama Rap di kawasan elit, Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Ketika diminta mengulas gosip dia ditaja seseorang hingga mampu menerbitkan filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami! yang membabitkan bajet RM1.2 juta, Haliza yang juga perangkul trofi Aktres Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2004, menafikannya. "Sebenarnya, separuh kos untuk filem itu datang daripada syarikat saya, Big Productions Sdn Bhd dan separuh lagi menerusi Skim Pinjaman Filem Cereka Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional). "Kalau ditaja orang kaya, macam mana saya dapat hidup bebas seperti sekarang?" katanya sambil merenung tajam. Haliza berkata, dia juga tidak hidup semewah yang digembar-gemburkan.


"Selepas kereta BMW saya terbakar, saya juga terpaksa ke sana-sini dengan teksi. Kalau saya hidup mewah perlu ke saya naik teksi? Kalau saya berjalan di luar, orang pun tidak kenal saya. Kalau ada majlis keramaian, barulah saya dijemput adik saya, Amanda, dengan keretanya," kata Haliza. Haliza berkata, dia sangat positif filem sulungnya itu diterima penonton tempatan.


"Rata-rata maklum balas yang diterimanya daripada rakan-rakan cukup memberangsangkan. Saya dapat komen daripada wartawan hiburan yang menontonnya di KLCC dan mereka cakap cukup terhibur dengan Andartu Terlampau.


"Begitu juga dengan komen ramai peminat menerusi facebook (fb) yang menyatakan Andartu Terlampau kelakar dan menghiburkan," katanya. Apapun, Haliza tetap gementar menantikan jumlah kutipan filem itu bagi tempoh dua minggu.

"Saya harap filem ini akan mencapai kutipan box-office kerana ia ada kekuatan tersendiri. Jalan ceritanya menarik dan sesuai ditonton semua golongan. "Buat masa ini, fokus saya adalah kepada filem ini saja. Maklumlah, saya sudah beri sepenuh masa, tenaga dan wang ringgit untuk filem ini. Saya juga sanggup berhabis untuk filem ini dan harap ia berbaloi," katanya. Haliza juga menegaskan filemnya itu bukan kisah syok sendiri.


"Ini filem komedi dan mahu mengumpan orang ketawa. Kalau 10 yang puji dan hanya satu yang kritik, perlu ke saya risau? Pada usia sekarang, saya juga tak mahu melenting tidak tentu fasal. Mungkin faktor usia, kematangan dan pengalaman hidup banyak mengajar saya untuk lebih bertenang. "Saya juga banyak belajar aspek spiritual daripada kawan saya, Ari (Wibowo) dan membaca buku motivasi," katanya.


Yang pasti, Haliza akui tidak pernah membuat Andartu Terlampau untuk menghina sesiapa pun. "Kalau saya menghina orang, bermaksud saya menghina diri sendiri.


Kalau ada andartu di luar sana terasa, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Haliza kini 'mencuri masa' untuk mendapatkan lesen juruterbang di Oxysky Aviation Service, Shah Alam.


"Hanya tinggal beberapa jam untuk saya cukupkan syarat bagi memandu kapal terbang," katanya.

Profil
NAMA: Haliza Misbun
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1973
TEMPAT LAHIR: Kuala Lipis, Pahang dan dibesarkan di Bangsar, Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada enam beradik
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon, produser dan pengarah (dokumentari)
DRAMA: Cinderella, Rohaya Roy, Gris & Gucci, Karmila, Jernih Kasih Myra, Kembalikan Amanda, Roy.. Catatan Andartu
FILEM: Abang 92, Scoop, Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami.
PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Skrin (ASK) 1997/1998 menerusi drama Cinderalla; Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK 1997/1998 (Air Mata Ibu) dan Pelakon Wanita Terbaik ASK 1997/1998 (Odisi), Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2004 menerusi drama Sumayah dan trofi Aktres Telefilem Pilihan Juri (telefilem Schizoid) Anugerah Oskar

Khamis, 27 Mei 2010

Perancangan graduan AF8



LIMA bekas graduan muda kini mencuba nasib menjadi artis usai AF8 berakhir.


EDISI kelapan program realiti popular negara, Akademi Fantasia (AF) telah melabuh tirai malam Sabtu lalu di Stadium Putra, Bukit Jalil. Mengangkat Ahmad Shahir Zawawi (Shahir) sebagai juara terbaru, kemenangannya sudah dapat dijangkakan.

Pemuda berusia 22 tahun dari Ipoh, Perak itu turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pelajar pertama dinobatkan sebagai juara yang diserap semula ke akademi menerusi undian AF Masuk selepas tersingkir pada minggu ketujuh.

Bagi Shahir, AF Masuk telah membawa tuah kepada dirinya dan dia menyangkal komen yang menyatakan kemasukan semula tidak adil bagi empat finalis lain Siti Adira Suhaimi (Adira), 19, Muhd. Shahril Firdaus (Daus), 22, Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20, dan Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22.

"Pada saya tidak timbul isu adil atau tidak kerana AF Masuk digunakan bukan untuk saya seorang sahaja. Semua pelajar mempunyai peluang sama untuk kembali ke akademi. Jujurnya, saya tidak pernah menyangka diri saya akan menjadi juara. Bagi saya, keempat-empat pelajar lain juga juara," kata Shahir ketika ditemui selepas pertandingan.

Disokong oleh pengetua AF8, Norman Abdul Halim, dia meminta orang ramai untuk menerima hakikat bahawa AF Masuk diwujudkan kerana pihak akademi merasakan ada pelajar yang layak dimasukkan semula. Lagipun, sesiapa sahaja diserap semula itu tidak dijamin akan menjadi juara.

"Objektif kami di fakulti amat besar. Kami bukannya boneka tetapi perlu menilai dan memastikan perkembangan pelajar. Ada beberapa pelajar yang tersingkir mempunyai bakat. Dari situ saya berbincang dengan pihak Astro untuk membawa AF Masuk.


SHAHIR


"Ya, sebelum ini memang saya ada menyatakan bahawa tidak akan menggunakan AF Masuk. Tetapi saya ingin membantu pelajar-pelajar yang tersingkir dan bukannya Shahir sahaja. Lagipun itu salah satu daripada format AF. Shahir menang mungkin kerana dia ada kelebihan tersendiri," tegas Norman.

Dirumus sebagai satu penutup yang berjaya, Shahir mendapat undian 43.19 peratus diikuti dengan Adira, 25.13 peratus, Daus, 12.47 peratus, Maulana, 10.28 peratus dan Iwan, 8.93 peratus.

Shahir yang menyampaikan lagu Biar Mata Hitamku (Wings) dan lagu baru ciptaan Edry KRU, Kebahagian Dalam Perpisahan berjaya mengundangkan sorakan di Stadium Putra.

Kemenangan tersebut membolehkan dia membawa pulang sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn. Bhd., pakej percutian ke Hong Kong Disneyland, bekalan Brand's InnerShine selama setahun, tiket pelancongan ke New York tajaan Maybeline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan Hugo Boss, percutian di D'Paradise Resort, Melaka, telefon mudah alih LG Prada dan trofi juara Akademi Fantasia.

Naib juara, Adira pula menyampaikan lagu Tiru Macam Saya (Sheila Majid) dan lagu baru hasil ciptaan Edry KRU, Ku Ada Kamu. Menjadi peserta kegemaran juri, Adlin Aman Ramlie, Ning Baizura dan Aznil Haji Nawawi, Adira disifatkan sebagai juara kepada mereka.

Namun, tersungkur di tangga kedua, peserta kelahiran Ranau, Sabah itu tidak kecewa. "Saya menganggap kemenangan ini sebagai rezeki. Tiada perasaan kecewa kerana saya sendiri tidak pernah menyangka untuk berada di tempat kedua," katanya.

Tempat ketiga dimenangi oleh Daus yang menyampaikan lagu Doktor Pakar Cinta (Yusry) dan lagu baru Kenapa. Manakala Maulana menghiburkan peminat dengan lagu Susun Silang Kata (Aizat) dan lagu baru RSVP.


ADIRA


Iwan pula menyahut cabaran dengan penyampaian lagu Relaku Pujuk (Spider) dan lagu baru VIP tulisan dan gubahan Edry KRU. Tidak bergelar juara, apa yang akan terjadi kepada mereka selepas pertandingan?

"Astro Entertainment belum lagi pasti akan mengambil berapa ramai pelajar. Tapi kami akan terus memberikan komitmen. Misalnya seperti melancarkan album kompilasi mereka," jelas Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah.

AF di mata khalayak





APAKAH nilai AF sekarang? Impaknya tidak lagi sehebat zaman kegemilangannya. Jika dulu program realiti nyanyian terbitan Astro, Akademi Fantasia (AF) berjaya memberi kesan kepada hampir setiap penontonnya, kini pada musim kelapan, efeknya semakin pudar.

Ada yang menonton sekadar mengikut perjalanan program itu selepas menontonnya selama tujuh musim. Tidak kurang yang menjadi audiens kerana mengharapkan keajaiban. Namun, polar penontonnya bukan lagi seperti dahulu.

Mereka tidak lagi menonton AF sebagai satu aktiviti kemestian pada hujung minggu. Mereka sudah tidak kisah apa yang berlaku. Itu satu situasi yang amat berbeza jika dibandingkan dengan AF musim-musim sebelumnya.

Ketika itu, AF merupakan nadi program hiburan utama negara. Setiap inci mengenai AF menjadi perbualan hangat. Bahang itu tidak dirasai lagi walaupun pada konsert terakhirnya yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Mengakui persembahan terakhir kelima-lima finalis Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), Ahmad Shahirb Zawawi (Shahir) dan Siti Adira Suhaimi (Adira) lebih menghiburkan.


CUBA NASIB. Saban tahun ramai anak muda menghadiri uji bakat program ini.


Akan tetapi mood serta keterujaan di stadium tidak begitu dirasai. Entah di mana silapnya, program yang mengangkat Shahir sebagai juara dengan menguasai jumlah undian 43.19 peratus itu pada mata pandangan ramai - gagal.

Mencatatkan jumlah undian 3.75 juta untuk keseluruhan musim, angka itu mencatatkan kemerosotan berbanding tahun lalu yang berjaya meraih 3.9 juta undian. Dari segi rating secara purata bagi keseluruhan musim, AF8 juga mencatatkan penurunan yang ketara berbanding tahun lalu.

Faktor memecahkan konsert mingguan serta Debaran AF yang mengumumkan keputusan penyingkiran kepada dua hari berlainan dikatakan menjadi salah satu punca yang menyumbangkan kepada kemerosotan AF8.

"Perubahan itu sebenarnya mendapat pandangan berbeza. Ada yang suka dan ada yang tidak. Ini kerana mereka sudah biasa menyaksikan keputusan pada malam yang sama. Jadi titik perubahan ini akan dinilai semula pada musim akan datang," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.

Pandangan itu disokong oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah. Katanya: "Setiap perubahan ada risikonya tersendiri. Kita tahu jenama AF perlukan pembaharuan. Selepas ini, produksi masih akan terus mengambil risiko.


TSUMAWI. Begitu gelaran yang diberikan kepada para penyokong bekas juara AF3, Mawi.


"Kita tidak buat salah dengan pembaharuan. Sebagai satu jenama yang sudah kurang momentumnya, perubahan perlu dilakukan. Kelainan itu pula datang dengan risiko. Kami mahu pecah tradisi dengan menarik penonton pada hari Ahad."

AF bakal diteruskan

Sungguhpun mencatatkan penurunan dari segi jumlah penonton dan khidmat pesanan ringkas (SMS), Zainir tidak menganggap AF8 satu kegagalan. Entiti AF itu sendiri sudah cukup kukuh terutama dalam konteks program hiburan tempatan.

"Mungkin disebabkan pecahan konsert dan debaran, ia telah memecahkan jumlah penonton. Tapi jika ditambah dengan semua episod yang berkaitan dengan AF termasuk diari, konsert dan debaran, jumlahnya amat memberangsangkan.

"Kalau diambil kira jumlah penonton pada hari konsert sahaja, ia memang kurang kerana banyak kali ia diganggu oleh program besar lain seperti pertandingan bola. Mungkin ia memberi kesan negatif kepada konsert.

"Tetapi secara keseluruhan, AF8 tetap sukses. Memang musim kelapan ini merupakan cabaran bagi kami tetapi AF masih kekal nombor satu. Walaupun dikritik dan mempunyai kelemahan, ia masih berjaya membantu Astro dari segi jualan," katanya.


ZAMAN KEGEMILANGAN. Lebih 10,000 penonton membanjiri pekarangan Pentadbiran Putrajaya untuk menonton AF musim ketiga.


Bersetuju bahawa AF8 atau AF7 tidak berjaya mengulangi kejayaan seperti AF2 atau AF3, Zainir juga memberitahu bahawa sebagai sebuah program yang sudah berlangsung selama lapan musim, mungkin ramai yang sudah penat. Jadi persoalan sama ada musim kesembilan akan diterbitkan timbul.

"Itu semua belum ditentukan lagi. Tapi jika dilihat segi strategi bisnes, ia masih berjaya. Maka, ia tidak wajar untuk dihentikan. Apa yang perlu dilakukan adalah memperbaiki. Mungkin kami akan mengubah jadual siaran atau membuat perubahan lain," jelas Zainir lagi.

Selain aspek perubahan yang dilakukan, ada pihak juga menyatakan penukaran hos AF sedikit sebanyak menyumbang kepada populariti program tersebut.

"Sarimah Ibrahim pernah mengacarakan Diari AF selama dua musim. Jadi kami memilih dia kerana ramai yang menanti-nantikan dia sebagai hos utama.

"Jimmy Shanley pula berjaya sebagai hos program Trek Selebriti selama enam musim. Mungkin dia masih baru dengan AF tetapi ini merupakan cabaran baru buat dia. Kalau tidak sampai bila dia hendak beranjak ke depan?," terang Azlin.

Bagi pengetua AF8, Norman Abdul Halim, dia menerima segala pujian dan kritikan. Baginya, AF akan menjadi platform kepada pelajarnya untuk melancarkan karier.

Menariknya, bagi AF kali ini, kesemua finalis mempunyai genre kesukaan masing-masing. Perbezaan itu membuatkan keseluruhan AF lebih berwarna-warni.

Cuma yang menjadi persoalan adalah mengapa kesemua lagu-lagu akhir yang dicipta untuk peserta merupakan hasil kerja Edry KRU.


ADAKAH pada tahun akan datang masih ramai yang ingin menyertai AF?


Jawab Norman: "Pilihan lagu sebenarnya bukan terletak atas tangan saya. Kami ada satu pasukan khas yang mendengar lebih 30 buah lagu baru. Mereka memainkan lagu tanpa mengetahui siapa penulis dan penggubahnya.

"Kemudian lagu-lagu dipilih mengikut kesesuaian pembawakan serta genre masing-masing. Bila saya menjadi pengetua, ia tidak bermaksud saya mahu membelot semua.

"Dari awal lagi saya menyatakan saya memang mahukan bantuan daripada Edry dan Yusry. Mereka membantu saya dari segi penilaian dan kualiti. Bukan senang untuk menghasilkan lagu dan klip video dalam masa singkat."

Tidak kira apa pandangan umum mengenai edisi kelapan AF, barometer Astro menyatakan program itu sukses. Maka, perjuangan AF setakat ini dilihat tidak akan terhenti sebegitu sahaja.

Landasan hiburan yang pernah mencipta fenomena itu disimpulkan berakhir dengan melahirkan seorang lagi bintang baru dalam industri. Cuma adakah Shahir akan mengikuti jejak langkah juara lain yang berjaya atau sebaliknya. Kita tunggu dan lihat.